Wednesday 17 March 2021

TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PILIHAN KAMI ....TAK VIRAL TAPI SEDAP!

Salam...bersua kembali..

Moreh di McD selepas terawih..zaman sebelum Kobid!


Agak lama tak update blog ni..al maklumlah,tempoh PKP,PKPB &akhirnya PKPP..macam tiada apa-apa perbezaan...kami tak berjalan ke mana-mana pun.Maklumlah,Melaka ni kan kecik nau..kalau nak state-cation pun rasa tak berbaloi,gi dok hotel pun macam ternampak-nampak bumbung rumah sendiri..he he.

Walaupun travel bubble di antara negeri-negeri PKPP dah dibenarkan,kami masih belum dapat 'seru' untuk 'melancong' ke luar Melaka,menggunakan khidmat travel agent.Tengah timbang tara..berbaloi ke nak spend duit extra...semata-mata untuk memenuhi napsu berjalan-jalan??

Setiap kali jalan-jalan..sering kali kami buat research 'tempat makan best di sesuatu tempat' ...dan selalu gak end up kecewa & frust...sebab most places are overrated...dah la queue panjang-panjang,makanannya tak seberapa.Ada tempat makan yang instagrammable..tapi rasa makanan tak secantik dan sesedap rupa kedai.Lagi satu..tak paham betul la trend sekarang..pi letak  siap2 nama kedai /makanan viral..padahal baru nak start meniaga.

So..kat sini kami share few tempat-tempat makan yang selalu kami pegi as locals (suku abad dah menetap kat Melaka ni..).Tempat-tempat ni memang korang tak kan jumpa kalau menggoogle tempat makan best kat Melaka.Sebelum tu..maafkan kami..sebab tempat-tempat ni dalam radar rumah & tempat kerja kami jek..Tapi sekurang-kurangnya boleh la kasi alternatif lain selain yang dicanang dalam sosmed tu ya?

Amaran- ni ikut taste bud kami..kalau readers rasa tak sedap..it's ok..lain orang lain citarasa.

Nasi lemak Durian Daun



Ni port breakfast.Nama gerai actually Warung Mak Minah (bila dah kena scan MySejahtera baru tau nama kedai!he he..selalu tak ambik pedulik pun.Kedai makan ni terletak opposite Restoren Lot 85 (yang ni agak popular & selalu orang rekomen).Sini,yang sedap tentulah nasi lemaknya..sambal dia yang sedap tu...makan pulak dengan ayam goreng panas-panas...kacang & ikan bilis takde..boleh dimaapkan.Ada jugak makanan goreng-goreng dan roti canai.

Regular customers..staff Hospital Melaka & adik-adik pelatih guru IPGM Durian Daun lah.

Roti Canai Limbongan

Tempat sarapan jugak..nama kedai Roti Canai Faizal (boleh waze or google map)..kedai ni terletak kat Kompleks Niaga Limbongan,bangunan kaler putih.Paling hujung dekat dengan public toilet (bersih,jangan risau).


Speciality..roti canai garing..makan dengan kari ikan ..selalunya ikan serkut,siakap or pari.Kari kambing pun ada..tapi kami tak prefer.


Ada jugak lontong,ketupat dan nasi lemak bungkus.Agak crowded jugak kalau weekend.

Capati Cheng

Gerai tepi AMJ Highway (AMJ=Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin,ni lah 'highway' yg popular kat Melaka) kat area Cheng.Parking susah sikit lah..sebab tepi jalan.Yang best capati dan kari kambingnya..

Gambar google


Diorang ada jugak nasi Arab.

Ada ambil tempahan untuk catering.Nampak je gerai buruk..tapi masuk foodpandai tau!

Updated Oct 2021 - stall is no longer exist at the same place.Deretan gerai-gerai telah dirobohkan.Maybe akan pindah ke lokasi baru?We'll update from time to time

Updated Dec 2021- stall telah berpindah ke bangunan (baru) RnR Cheng.Gerai no 3




Bistro Al Firdaus Maju,Jelatang,Alor Gajah

Kali ni lajak ke Alor Gajah pulak!Restoren ni selalu kami singgah kalau nak ke KL..keluar ikut tol Simpang Ampat.



Yang ni actually restoren mamak 24 jam..tapi now working hours kena ikut SOP PKPB or PKPP lah.Menu macam restoren mamak yang biasa..cuma yang best kat sini ada puri yang sedap!

Disebabkan both of us laki bini ni grad dari India..memang occasionally craving dengan puri yang gebus gebas,dimakan pula dengan bhaji (kentang).

Restoren Hj Bakrin,Bukit Katil

Dikenali jugak dengan nama Restoren Bilal,restoren ni terletak kat tepi jalan...untuk breakfast & lunch.

Special menu - mee bandung.Kuah dia tak terlalu pekat dan tak cair sangat..dan tak 'sarat' dengan rasa udang kering..kira secukup rasa lah.Lain-lain nasi goreng pedalaman,mee goreng lembab & kuetiau goreng pun sedap..



Paling unik & korang tak kan lupa..owner dia!Kalau first time datang..jangan terkejut bila dia ambik order..dengan 'jeritan maximum volume'..1 kedai tau kau order apa!!Pas tu bila bayar..dia akan 'salam kaut'.Tu lah friendly gesture sang owner...orang Melaka memang kasau (kasar)..tapi mesraaaa

Ada nearby masjid-Masjid Raudhatul Jannah,Bukit Bayan (400m dari restoren)

de Bali Kopitiam,Tesco Melaka

Macam kopitiam yang lain..menu biasalah..roti bakar kaya mentega & kopi.Boleh try mihun dan sambal sotong,sedap jugak.


Set roti bakar + 2 biji half boiled eggs + coffe / tea hanya RM6.60 (dulu RM5.90)


Kalau petang ada ramen & Korean fried chicken

Yang paling penting..harga ramah kocek!

Cendol Y2K,Bukit Duyong

Asalnya food truck kat Stadium Bukit Serindit.Lepas PKP,diorang dapat tapak untuk kedai kat Duyong.

Truck pink (gambar google)

Home made cendol (gambar google)


Nasi goreng..podeh & sodap 


Mee goreng perencah tak kedekut 


Kedai ni kecik je..tepi jalan kat Duyong,same jalan nak gi Perigi Hang Tuah.Kedai bukak dari pukul 12 tengahari- 7 malam.Menu yang baru diperkenalkan sejak berpindah ke Duyong..adalah ayam dan daging salai masak lomak cili api.Menyengat!

Updated Oct 2021 - stall is no longer exist at the same place.

Updated Dec 2021 - Kedai berpindah ke lokasi baru,bersebelahan dengan Caltex Bukit Duyong,opposite tanah perkuburan.

Hot Chicken Chop

Kedai ni bukak selepas pukul 5 petang hingga ke malam.Kat Taman Teknologi Cheng.Kedai agak tersorok..kadang-kadang kelam sebab takde kedai-kedai yang happening kat deretannya.Tapi regular customers memang setia datang sini.

Grilled chicken chop

Pizza Pepperoni

Chicken Arabiata with Spaghetti

Spaghetti Marinara...yummy!


Western food & some Thailand cuisine (goreng-goreng).Harga reasonable.

Mr Steak House,Taman Lagenda

Another place for western menus.Kedai corner kat Taman Lagenda...bersebelahan dengan Tesco Melaka.Our favourite ..chicken chop & fish n chips.Harga reasonable & portionnya...gadang!


Kalau tengok reviews..ada yang suka..ada yang tak..terpulanglah

Medan Selera ,Taman Merdeka Jaya

Nama kedai-de Classic Cafe.Owner nama Baharin.Kedai ni bukak lepas pukul 5 petang..sila waze Medan Selera Taman Merdeka Jaya

Wife owner yg sangat peramah & baik hati.Masa kami pergi haji,diorang bagi diskaun 50% pada anak-anak kami masa makan kat kedai.Semoga dimurahkan rezeki


Makanan kat sini -goreng-goreng.Terpaling sedap adalah kuetiau kungfu.

Nasi goreng ayam sambal

Nasi goreng daging




Lain-lain nasi goreng ayam sambal (favourite anak-anak),mee bandung,mee hailam & kuetiau goreng.

Medan Ikan Bakar Haji Musa,Kompleks Nelayan,Sungai Duyong

Ok..tak sah tak datang Melaka tapi tak makan ikan bakar kan?Selalunya orang luar akan gi makan kat Serkam,Umbai atau Crystal Bay,Alai ...emm,memang sesaklah kat sana.



Kat kompleks Nelayan ni,kedai-kedainya lebih teratur dan bersih..yang penting not as crowded as tempat-tempat yang selalu di rekemen tu.Kawasan parking pun luas...rasa pun sedap!

Oklah..tu je perkongsian kami kali ni...harap dapat memberi manafaat pada yang datang bercuti ke Melaka...jumpa lagi

Maybe kena buat part 2?Emmm..


Updated March 2023 - here's Part 2









2 comments: