|
Labbaikallahumalabbaik |
Bersua kembali..
Hotel Abraj Al Janadriyah
|
Nampak jauh hotel dari Masjidil Haram |
|
Jarak hotel dari masjid sejauh 5 km |
Alhamdulillah,kami selamat tiba di Mekah jam 4.30 petang.Jemaah Maktab 79 ditempatkan di Hotel Abraj Al Janadriyah..suhu pada ketika itu 43 degree
|
Stesen bas bersebelahan hotel |
|
Sangat sibuk..walaupun di malam hari
(View dari rooftop hotel) |
Dari stesen bas...menelusuri kedai-kedai runcit..dan restoren-restoren
Hotel Abraj Al Janadriyah ni 15 tingkat,kami ditempatkan di Aras 11.Jemaah lelaki dan wanita diasingkan..setiap bilik ada 4-6 orang.Bermulalah kehidupan bak budak asrama
Actually beruntung sangatlah jemaah-jemaah (terutamanya Muassasah) yang tiba awal ke tanah suci ini...selain perlahan-lahan dapat menyesuaikan diri dengan suhu Madinah /Mekah (dalam 45-50 degree)...dapat juga bertatih menyediakan diri untuk marathon ibadat,apabila menghampiri waktu wukuf.
|
Peluang untuk memandang kaabah ..dalam keadaan aman |
|
Best seating after solat subuh / dhuha.. |
|
View mataf pada awal ketibaan kami ke Mekah..masih belum sesak |
|
Multazam - antara tempat yang dimakbulkan doa |
|
Lengang kan?Ambil peluang untuk lakukan tawaf sunat sekerap mungkin |
Paling best...kita dapat enjoy Mekah time ni....sebelum jemaah-jemaah haji seluruh dunia datang berhimpun...menjadikan sesaknya bumi Haramain ini.
Jabal Thur - di sinilah Baginda Rasulullah s.a.w & Saidina Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi dari kaum kafir Quraish selama 3 hari sebelum berhijrah ke Madinah
|
Sekejap sangat. keluar bas...bahang panas sangat terasa..suhu 43 degree |
Jabal Rahmah - sebahagian dari kawasan Padang Arafah yang akan jadi tempat berwukuf pada 9 Zulhijjah nanti
|
Bukan sekadar tempat doa dapat jodoh |
Masjid Tanaim
Atau Masjid Saidatina Aishah - tempat bermiqat yang paling dekat dengan Mekah
Swissotel Al Maqam,Mecca
Kami book hotel ni..sebulan sebelum berangkat ke tanah suci..Memang niat untuk beralih angin kejap (4 hari 3 malam)...to reward ourselves with accomodation yang selesa sedikit ...& most importantly,hotel ni sangat dekat dengan Masjidil Haram....jadi mudahlah kami berulang-alik untuk setiap fardhu solat,inshaa Allah
|
Kami upgrade bilik dari Haram view ke Kaabah view |
|
Melihat kaabah itu satu ibadah...mudahnya mendapat pahala |
|
View dari bilik |
Hotel ni terletak di dalam Kompleks Abraj Al Bait...dari lobi hotel ada direct asscess to Masjidil Haram.
Banyak restoren dalam kompleks ni..tapi makanannya agak pricey
|
KFC..McD...Domino Pizza & Pizza Hot (bukan hut ya)..semua ada |
|
Ikan dori goreng dengan bawang & capsicum..yummy |
Tapi kami lebih prefer makan di Safaa Tower...sebab harganya lebih 'affordable'..dan semestinya di D'Saji,restoren Malaysian milik Felda
|
Mihun goreng + sambal + telur 15 SAR
Teh tarik 3 SAR
Rendang 1 mangkuk 10 SAR |
|
Roti tampal kedai sebelah D Saji - 4 SAR
|
Our roomates |
|
Kadang-kadang tu...walaupun sampai masjid seawal jam 6 petang..still tak dapat tempat solat dalam masjid ...jemaah akan dihalakan untuk solat di roof top.
|
Walaupun cuaca agak 'suam'..tapi berangin jugak |
|
Kami try to experiance solat di tempat-tempat berbeza di Masjidil Haram ni...tak stick to tempat yg sama Trust us..u will miss these bila kat Msia nanti |
Antara kenalan baru...
|
Iskandar Zulkarnain dari Surabaya |
|
Kardesh dari Turki |
Hujan rahmat di Mekah
Pertama kali Allah menurunkan hujan...pada hari yang ke 25 kami di Mekah..pada waktu subuh.Jemaah yang sedang menunaikan solat dan tawaf tetap meneruskan ibadat seperti biasa.Mashaa Allah.
|
Keadaan selepas hujan - redup & berjerebu |
Menghampiri penghujung Julai 2019,3rd expansion masjid dibuka...bersebelahan dengan Mas'a wing...slowly it decongested the crowds.Jemaah dapat masuk untuk solat tanpa bertembung dengan jemaah lain yang sedang mengerjakan saei.
Cantik deco untuk bangunan baru ni..
|
Pintu 162 - untuk masuk ke 3rd expansion |
|
3 jam sebelum masuk waktu solat Jumaat |
|
Usai solat |
Kami abadikan gambar-gambar...untuk memori kemudian hari
Next,kisah Masyair kami..
No comments:
Post a Comment