Thursday, 15 December 2016

Day 2- Part 1- Perth-3rd Dec



2rd December, Saturday...City Walk


Suboh masuk awal dalam pukul 3.30am dan syuruk dalam 5.10am. Selepas Suboh dalam 4.30am pagi seperti biasa saya akan meronda mencari "apa yang patut" di luar sana...Selepas sarapan dalam pukul 6.45am kami pun mula bergerak ke St George Street ( belakang Bangunan kami)...Tujuan untuk ke London Court, Barrack Street, Kings Park dan di akhiri dengan Crawley Edge Boatshed (Perth Icon) sebelum jam 11am... Selepas tu nak ke Fremantle pula....



Jadi pagi pagi kami cuba nak cari something untuk stok makanan ringan (singgah di 7 Eleven) ..mencari roti halal...tak jumpa...beli mineral water je...dan kami teruskan berjalan ...
Pit Stop pertama ialah Bangunan Church lama ....cantik tak?

-St Geeorge's Cathedral




-St Andrews





Seterusnya opposite the road nampak banyak kangaroo.......

-Kangaroo in the City







Kangaroo and bujang ni sebaya..



Banyak bangunan bangunan lama yang cantik cantik di sini....






Outside Hale All Boys Bishop School


Statue of Matthew Blegden Hale,the 1st Bishop of Perth

LONDON COURT 

Dan selepas 20 minit kami sampai area London Court. Memang Historical and Nostalgic tempat ni....

London Court 1937
Statue of Percy Button (1920's-1950's) -with his trademark cartwheels-
collect syiling dari orang yg beratur nak tengok wayang...dulu-dulu

We walked there very early in the morning when not many people around


Superb view of London Court
-Jambatan

Dari London Court, Google Map kata dalam 1.9km ke Kings Park...so kita jalan slow slow in between building yang cantik cantik.....dan taman taman macam ni...
Uols boleh juga opted utk naik CAT bus tapi dia berhenti jauh sikit...or Transperth Bas...kena bayarlah sikit...Tapi jalan ni dapat explore the City....

The Bridge to Kings Park

-Lalu apartment,bunga purple


-Kings Park

Kings Park ni memanglah tersangat besar dan banyak themenya...Botanical Garden/ Kids Adventure dan macam macam lagi...Kena spend here satu hari suntuk baru boleh explore....Kami hanya jalan sekitar botanical garden dan my next destination ialah bukan secret lagi..."The most photographed icon at Perth"...Crawley Edge Bpoatshed"


Kings Park and Top tree walk

Nak ke Crawly edge boatshed ni ada lagi1.9km,,,lalu botanical path....kami sempat lalu top tree walk kat Kings Park (so bolehlah skip Top tree walk kat Pamberton nanti hehe)....

-Crawley Edge Boatshed



Dari Kings Park lalu Botanical Path ada signage tunjuk arah Crawley Edge boatshed....sampai junction turnleft dan akan turun ke bawah hingga nampak highway

So...kena lintas jalan...
Kalau bawa kenderaan no chance of parking at the road side...kena parking kat hadapan ~500m dan berjalan ke sini...Selalunya ramai orang dan kena take turn for capturing photo....Since kami gerak awal...we were the 1st one ...dan bila dah puas barulah ada 2 group pelancong Malaysia datang hehehe(chinese)....saya tolong snap gambar mereka......

Lepas dah jalan agak jauh dan kaki pun dah lenguh kami decided utk naik bas ke Fremantle Line
( Train Station untuk ke Fremantle)....Untuk Fremantle dan seterusnya saya akan update dalam posting seterusnya sebab Fremantle ni banyak nak cerita...Insya Allah.....

1 comment: