Sunrise at Karang Beach |
Sunset at Kedonganan Beach |
Hari kedua di Bali.Hari ni kami bangun awal..keluar hotel awal sebab nak tengok sunrise kat Pantai Karang.
Pantai Karang ni terletak di Sanur..sederet dengan Pantai Mertasari yang lebih famous tu.
Tapi,according to Munir (supir)..sunrise kat sini lebih happening..
Kami tiba awal..belum ramai pengunjung.Cuma ada beberapa Mat Salleh berjogging ,,, bawak anjing depa morning walk.
Pantai ni nampak bersih dari sampah sarap.Nampak beberapa pekerja sedang membersihkan kawasan pantai
View pantai berlatarbelakangkan Gunung Agung |
Ada banyak batu karang..sebab tu lah namanya Pantai Karang,rasanya.
Munir bawak kami ke McD..maybe sebab nak mengelakkan dari makan di warung-warung jalanan..takut perut kita meragam pulak.
Itinerari hari ni...sebelum solat Jumaat & lunch...nak gi visit Blangsinga Waterfalls...pas tu Tegallalang Rice Terrace...last..Gunung Batur.
Air Terjun Blangsinga & sawah padi Tegallalang tu terletak dalam Kabupaten Gianyar manakala Gunung Batur terletak dalam Kecamatan Kintamani,Kabupaten Bangli.
Jom amik tau sikit apa tu provinsi..kabupaten...& kecamatan?
PERINGKAT KAWASAN PENTADBIRAN INDONESIA
⬇
PERINGKAT KABUPATEN / KOTA
⬇
PERINGKAT KECAMATAN
⬇
PERINGKAT KELURAHAN /DESA
⬇
LAIN-LAIN
Kabupaten boleh disamaertikan dengan daerah dalam Bahasa Melayu.Kabupaten diketuai oleh bupati = ketua daerah / pegawai daerah / dato bandar
Kecamatan tu secara sinonimnya setaraf dengan mukim kalau kat Malaysia.Camat = ketua mukim.
Blangsinga Waterfalls
Tegallalang Rice Terrace
Sawah padi ni memang famous dan antara tarikan yang wajib pegi kalau ke Bali...unik sebab ditanam secara bertingkat-tingkat.Perkampungan Tegallalang ni terletak dalam 20 min pemanduan ke Utara Ubud.Menurut info,masa kami gi gi,padi-padi tu dah dipotong pendek..kalau tak pemandangannya lebih awesome katanya..
Kalau tak interested nak beli,jangan gatal nak bertanya harga.Kalau tak jadi beli..memang kena maki nanti |
Saya dan Munir pergi menunaikan solat Jumaat..di salah sebuah masjid berhampiran.Wife dan anak-anak tunggu dalam kereta.
Lunch di Restoren Kintamani
Perut pun dah lapar..hari ni kami lunch di Restoren Kintamani - hari ni makan style buffet.Most dish ala Thai & juga menu Western.Kira familiar dengan tekak lah.
Restoren ni mendapat pensijilan halal dari Majlis Ulama Indonesia. Alhamdulillah.
Ada surau berasingan untuk muslimin & muslimat |
Alhamdulillah |
Mencicipi Durian Bali
On the way balik ke Kuta,kami dapati banyak sekali gerai-gerai menjual durian.Memang tengah musim durian pak...bilang si Munir.Walaupun masih kenyang lunch tadi,kita singgah jugak..konon nak 'jamah' sikit..he he
Takyah testimoni...tengok jer muka memasing! |
Saya yang kekenyangan dan gumbira.dengan senang hati mengkabulkan wishlist wife dan anak-anak perempuan untuk bershopping beg rotan.
Beg-beg ni kami dapat dalam 65-75k/pc...Berbeza kalau di gift shops Kuta,harganya dalam 135-200k/pc.Kalau di airport dalam 300k! |
Sunset di Pantai Kedonganan
Pagi tadi,saya shot sunrise kat Pantai Karang...petang ni..sunset kat Pantai Kedonganan pula.
Pantai ni merupakan pantai nelayan..agak sibuk juga menjelang senja..nelayan-nelayan pulang dari menangkap ikan.
Dinner di Tepi Pantai Jimbaran
Tak boleh tidak...kunjungan ke Bali dikatakan tak sempurna kalau tak experience dinner romantis di tepi pantai..
Buskers akan nyanyikan lagu mengikut negara asal tourists.Tapi,ni diorang nyanyi lagu kumpulan D'llyord (kump Indonesia tahun 70an) |
Sorang 1 set |
Tarian Lenggung - tarian Selamat Datang |
Syukur,alhamdulillah..