Tuesday, 4 October 2016

Staycation at RC Cape Nautica Villa,Port Dickson


Assalamualaikum

Cuti sekolah baru-baru ni,kami ke Port Dickson ...or Pokdeksen,kato orang nogori.Walaupun Pantai Klebang cuma sepelaung dari rumah (3 mins drive),saje cari pantai yang jauh (tak jauh mana pun sebenarnya..).We personally feel that Klebang Beach had becoming more touristy now...too crowded with people,..extremely hot as there is less shady trees nowadays...too many stalls which in turn produce post pasar malam scene if you come in the morning (banyak nau sampah,bak kata orang Melakee).

Bismillah...subhanallazi...
Happy nak bercuti..
So...off we went to PD which is only 60 km (1 hour plus drive) from home.Singgah dulu breakfast Nasi Lemak Esso Corner di Tanjung Kling.A must JJCM spot if you come to Melaka.Walau pun stesen Esso dah digantikan dengan Stesen Petron,namanya kekal as Nasi Lemak Esso Corner ye?Kami ni pelanggan tetap kat sini.hi hi.

Kejap je dah sampai PD..Oleh kerana masih kenyang, takkan lah nak picnik pula.Apa kata singgah ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dulu.Konon-konon trekking untuk bakar kalori.Oleh kerana ni itinerary edisi terjah...maka kami memang tak prepare ourselves with proper attires and descent sport shoes..

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni terletak di Port Dickson ,Negeri Sembilan.Tapi ia sebenarnya bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Melaka.Situated just at the edge of PNB Ilham Resort.


  Bayar dulu entrance fee of  RM1 (murah wei) for adults.Kanak-kanak bawah 12 tahun FOC.

Information board

Wakaf untuk melepaskan penat (belum separuh pendakian...)

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni quite famous spot untuk team building warga kerja badan-badan kerajaan dan private companies.Selalunya,mereka akan menginap kat PNB Ilham Resort lah.

Trekking ni sebenarnya tak susah mana pun...especially for the newbie hikers.800 meter je...jalan pun berturap.Mula-mula jalan condong ke atas...pas tu mendatar.Terjumpa perempuan hiking with a dress and heels..steady je..

Sampai ke puncak,terus nampak Cape Rachado Lighthouse (a.k.a Rumah Api Tanjung Tuan ) yang famous tu (oldest light house in Malaysia)

Bangunan setinggi 24 meter ni terletak 118 meter dari aras laut.Rumah api ini dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British, khususnya semasa Stamford Raffles. Ia kemudian dibina semula pada tahun 1860 setelah menara yang asal termusnah, akibat perang. Dari puncak Tanjung Tuan akan kelihatan pusaran air yang ganas yang menenggelamkan sekurang-kurangnya empat buah kapal perang Belanda dan Portugis pada tahun 1605.Rumah api ini asalnya daripada bangunan kayu sahaja tetapi kini telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu yang memenuhi piawai antarabangsa

(Credit to Wikipedia)

Atas faktor keselamatan,rumah api ni tidak dibuka pada pengunjung.Tak boleh masuk,kita cuma boleh tawaf sekitar menara.Oleh kerana menara ni betul-betul mengadap Selat Melaka,it is indeed a perfect spot for selfie and sunset watch

We-fie



.


The taller pillar is the original one..
View dari tebing menara
Selesai trekking..
Selesai trekking di hutan rekreasi,kami menuju ke Blue Lagoon Beach...atau nama lain,Pantai Tanjung Biru,400 meter ...less than 5 mins drive.Sekarang masa untuk picnic.Lama sangat dah tak berpiknik.



Kawasan lapang dan redup..
Pantai Blue Lagoon ni,agak private kalau nak dibandingkan dengan Pantai Telok Kemang ..which is more crowded and merrier!Pantainya bersih...dan ada segala kemudahan seperti medan makan,kedai-kedai menjual cenderahati dan peralatan berenang,surau dan tandas awam.Yang kami tak berapa berkenan,tak de kemudahan sinki (walau  pun di medan makan) atau pun paip untuk membasuh tangan dan kaki.Semua perlu menggunakan tandas awam (bayar lima posen)...hatta untuk berwudhuk sekali pun.Ntahlah,mungkin ini salah satu tips dan taktik MPPD untuk menjaga kebersihan pantai?Wallahu alam...


Si bujang & FOMO (Fear of Missing Out)
FOMO again...
Old skool ice-cream is a MUST kat pantai..

RC CAPE NAUTICA VILLA

Selesai alas perut,kami menuju ke Masjid Kariah Telok Kemang untuk solat zohor.Sampai di masjid tepat pada waktu zohor.Usai solat kami terus ke destinasi sebenar iaitu RC Cape Nautica Villa.Actually,checking in time is at 3 pm,tapi call Mr Vijay,the hotel manager...boleh check in awal at 2.30 pm.Very flexible and accomodating..thank you!

Frankly speaking,we never heard of this hotel before...although it  scores 8/10 from 268 reviews!Poor us...Semasa blog walking...mencari-cari hotel di PD,jumpa less than 5 blogs yang bercerita pasal hotel ni.


First impression?The apartment looked old and deserted.The car park and apartment looked so empty.But,please don't get deceived.DO NOT judge the book from its cover..Check out the interior...we were speachless and impressed!
Our 3 bedroom apartment is very spacious.The floor is spotlessly clean!
There is a flat screen TV (Astro Njoi) &  DVD player...

Credit RC CNV blog
Fridge + Microwave + Induction cooker + cooking utensils
Kat dapur,siap ada 4 baskets untuk recycled items (paper/glass/metals/plastic).Congrats for the effort.Cuma ,kalau boleh...perlu ditambah 1 basket untuk domestic waste...preferably with a lid?

By the way...hotel ni takde lobby atau reception counter.Kelakar betul...check in cuma kat kerusi dan meja di ground floor block A.Sempoi betul lah!

Hotel ni betul-betul strategic.Cuma 3 mins drive keluar ke main road.Dekat dengan shoplots di kawasan PD Sunggala.Ada kedai-kedai makan,groceries and sundries shops...pusat karaoke keluarga..kedai dobi..bakery.Oh ya..Family Store pun ada.

For beach lovers...there is no nearby beach to walk to.But Telok Kemang is only 5 mins drive from this hotel.Untuk kaki pancing,ada laluan sejauh 800 meter (boleh diikuti oleh motor dan pejalan kaki sahaja) ke jeti...untuk memancing..

Seharian santai-santai saje di hotel..

Credit RC CNV blog
Aksi 2 beradik..
A pool all to themselves

The pool overlooking amazing sea and marina view...

Credir RC CNV blog





Taman permainan terjaga dan berfungsi baik..




Malamnya,kami makan di King's Char Kuey Tiaw,5 mins drive dari hotel.A-must JJCM kat PD.Punya lah ramai orang waktu kami sampai...nak parking pun agak susah.Tapi,service memang terbaekkk.Canggih..ambil order dengan tablet...siap ada layout tables untuk order masuk.Speciality nya dah tentu lah char kue tiaw.Kami juga order chicken chop (as usual Malaysianised version with black pepper sauce banjir),nasi goreng cili padi (podeh and sodap) dan nasi goreng udang (pun best)!

Credit to nasabibnuhazim blog

Esoknya...kami check out pada jam 11 pagi.Kaum Adam perlu solat Jumaat..Sempat singgah di Nasi Arab Al Waleed atau pun more known by locals as D' Sawit Corner sebab tempat makan ni dalam kelapa sawit.Kedai ni tepi jalan di Masjid Tanah...susah nak miss sebab akan nampak banyak kereta parking.Another JJCM yang wajib kalau datang Melaka.Yang bestnya..dah tentu lah nasi Arab..selain gulai kawah.Western food pun ada...cendol tambah free!

Credit to konflikmassa blogspot
Serba ringkas percutian di PD..seronok juga dapat keluar dari negeri (Melaka) cuti-cuti ni..Jumpa lagi!