بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kami dah buat mountain activites di Gornergart & Murrёn-Gimmelwald in previous 2 days.Jadi,hari ni jomlah turun & explore cities pulak.
Kami akan visit Bern,capital city of Switzerland after checking out from airbnb di Spiez..kemudian drive ke penginapan seterusnya di Tafers,Fribough.
Seperti biasa,sarapan dulu..
|
Maggie (Sedaap) goreng & roti telur pagi ni |
..and mama dah prepare bekal lunch otw
|
Nasi putih,sambal bomblado ayam,telur & sambal kerabu Vietnam |
Semalam,kami dah menggoogle attractions in Spiez...dan jumpa Spiez Castle & Schadau Park yang tak jauh dari airbnb.So,jom jenguk jap apa ada kat sana..
SPIEZ CASTLE
1.8 km je dari airbnb.Semalam dah tengok yang Spiez Castle ni tutup dari 1st November,2024 sehingga 30 April, 2025.Tapi,tak pe..meh lalu je..
Mula-mula park kat satu area..caj parking agak mahal & entrance bukan dari sini..
So,kita drive ikut jalan lain..dan jumpa parking yang murah 1 CHF untuk 30 minit.
|
View kat tempat parking pon dah lawa camni
|
|
Nasib baik boleh tap Wise Card,walaupon 50 sen
|
Spiez Castle 👆 awalnya dibina pada tahun 933 (dah lebih 1000 tahun!) & was rebuilt in 15th-18th centuries.Sekarang dah jadi muzium / art exhibition & venue untuk public event.
Takde apa sangat kat sini,sebab memang tak boleh masuk pun..okla,kita gerak ke Schadau Park.
SCHADAU PARK
Park ni 10 km dari Spiez Castle..
We were fascinated by trees and shrubs which burst into flamboyant shades of yellow,orange and red!
Ada menara tinjau (tak tinggi mana pon 😉) untuk tengok view Lake Thun.
Near Lake Thun,you can enjoy the most beautiful panorama of the Eiger,Mönch and Jungfrau.
Schadau Castle overlooking Lake Thun.
Schadau Castle ni dibina di antara tahun 1846-1854.
Sekarang bangunan ni berfungsi sebagai hotel dan restoren..bolehla search Schadau Schloss Hotel Restaurant kalau nak menginap kat sini..he he.
Cantiknya warna-warna autumn..hari tu snowy experience di Gornergrat & Murrën-Gimmelwald,now autumn view in Schadau Park.We were blessed with best of both worlds (winter & autumn) ,alhamdulillah.
Jam 10 pagi,selesai ronda-ronda kat Schadau Park..jadi kita gerak ke Bern.
BERN (or BERNE)
Memasuki bandar Bern..nak cari parking..
Kat Bern ni,kami tak jumpa garage parking macam kat Lucerne.So,kita parking tepi jalan je.
|
Make sure parking betul-betul dalam kotak,kalau tak nak kena saman. Betapa berhemahnya kami kat negara orang 😊 |
Kat mesin parking,kena enter nombor petak parking instead of nombor plat kereta.Alahai..parking guna coin pulak..duit coin tak de banyak.
|
Abah pegi pecah duit dulu ya..korang jalan-jalan dulu. |
Abah gi pecah duit kat salah satu kedai runcit.Bila top up duit kat mesin parking..dia kira dari minit pertama balik.Dia tak extend dari masa parking sedia ada..laa
Einsteinhaus
1st stop kita pegi ke rumah Albert Einstein.
Actually,masa kat Malaysia lagi,kami dah plan nak menjejaki trail 3 figura ni kat Swiss - Albert Einstein, Freddie Mercury (Queens) & Charlie Chaplin.Tapi trip kali ni,kami sempat visit the first two je - takde rezeki nak visit Chaplin's World.
Satu benda unik yang kami noticed kat Bern ni,kedai-kedai kat basement- laluan ke kedai-kedai,diorang akan tutup dengan pintu-pintu yang cantik macam kat bawah ni.Belum pernah lagi kami jumpa kat negara-negara lain yang kami dah visit.
The flat on the second floor of Kramgasse No 49 was rented by Albert Einstein from 1903 to 1905.Einstein tinggal bersama isteri pertama dan anak lelaki diorang.
|
Entrance to Einsteinhaus |
Tiket masuk adalah 7 CHF /adult dan 5 CHF untuk student.Anak kami ni dah tertinggal student card dia dalam kereta...jadi dia scroll telefon,cari soft copy student card.Tak jumpa,tapi cashier yang baik hati caj dia 5 CHF je.Alhamdulillah
Tempat cashier tu adalah ruang untuk bilik tidur Einstein yang asal (tak sempat snap gambar sebab kalut mencari student card tadi)
Pastu kami masuk ke living room dia.. furniture kat ruang ni bukanlah yang asal,cuma digambarkan seperti era Einstein hidup masa tu.
|
Right most - bassinet anak dia kot |
Kemudian kita naik ke tingkat atas - di mana barang-barang peribadi dan hasil kerja Einstein dipamerkan.
|
Tangga ke tingkat atas.Ada Einstein cafe di aras yang sama dengan living room |
As this is an educational tour - jom belajar serba sedikit pasal Einstein ni.
Einstein lahir kat German...pas tu dia pindah ke Switzerland - to avoid mandatory military service di German.Einstein kat Swiss di antara tahun 1901-1955.Einstein pernah bekerja sebagai kerani kat Swiss Patent Office di Bern,pas tu dia buat PhD kat University of Zurich.
Einstein ni ada dyslexia,tapi IQ dia dikatakan around 160.
Di apartment di Bern ni lah,lahirnya Theory of Relativity...teori apa?Alaa yang E=mc² tu
Einstein ni pernah stay di Germany,Switzerland,Austria,Russia & United States (he died here in Princeton,New Jersey) & dia ada 3 citizenship iaitu Germany (he renounced later),Swiss & American.
“If my theories had turned out to be false, Americans would say that I was a Swiss physicist; the Swiss, who was a German scientist; and the Germans, who was a Jewish astronomer.”
Einstein's reply when asked about his multiple citizenship.
Albert Einstein died of ruptured Abdominal Aortic Aneurysm.
“I want to go when I want. It is tasteless to prolong life artificially. I have done my share, it is time to go. I will do it elegantly."
Einstein's famous quote when he refused surgery to save his life.
Einstein final wish - his body to be cremated and his ashes to be scattered secretly to discourage worshippers.Walau macam mana pun,Einstein's brain was stolen by Dr Thomas Harvey,a pathologist at Princeton Hospital,New Jersey.Dr Harvey kemudiannya dapat permission dari anak sulong Albert Einstein.
Zytglogge
Located 200 meter from Einsteinhaus.
Zytgloggle (clock tower) is landmark medieval tower in Bern,dibina pada awal kurun ke 13.
Cantik building kat sini..semua monotone colour dia.
Ok,jom gerak ke destinasi seterusnya...kami plan nak visit Rosengarten..public park with hundreds of flowers -roses,irises,azaleas and others.Free entrance & KIV boleh picnic (lunch) kat sintu.
Tapi kereta berpusing-pusing sekeliling taman..tak dapat cari parking lot.So,terpaksalah cancel je plan tu.
Pastu,kita berhenti kat tepi jalan ni..nampak ramai orang parking sini.
|
Free parking dalam kotak biru for 1 hour. |
Rupanya,boleh view keseluruhan bandar Bern dari sini..
Schwarzsee
Kami meneruskan perjalanan ke next stop Shwarzsee, about 45km from Bern.Sebab kalau pi Tafers terus, masih terlalu awal utk check in (check in pukul 3 pm).Ni pon plan last minit..kami search attractions at Fribough & jumpa tempat ni ..30 minit sebelum sampai Tafers.
Schwarzsee means Black Lake in German.
Ada 1 semi circular jetty...tak kalah cantiknya dari
jetty kat Iseltwald hari tu,cuma ni tak viral lah.
Banyak bench untuk rehat-rehat.
Appartement Cosy,Tafers
Akhirnya,kami sampai ke penginapan ketiga di Swiss.Kami book kat Agoda,link di
sini
Ada 1 bilik dengan queen bed.Living area (with large sofa bed) connecting to cooking area..dan 1 attached bathroom.Memang cosy lah..
Kami makan bekal lunch kat apartment je.
Fribough
Dalam jam 4.30 petang (dah malam masa ni),kami keluar ke bandar Fribough
Canton of Fribough is located in western Switzerland - it is bilingual,with French spoken by more than 2/3rd of citizen,and German by a little more than a quarter.Sebab tu kadang-kadang kita nampak road sign dalam French.Ausfahrt (German) & Sortie (French) both mean 'Exit'.
|
Nampak ramai orang beratur,ingatkan nak join.. |
|
Sekali kelab malam daaa..
|
|
Tak sempat nak siasat halal ke tak ni |
Okla..short and sweet je kami kat bandar ni..dapatla tengok-tengok bandar ni sebab esok lusa,kami tak berpeluang jalan-jalan kat bandar Fribough ni.Actually bandar Fribough and apartment kami dekat jer dalam 20 minutes drive.
Let's go home untuk berehat...