Rhine Falls |
Zurich Hauptbahnhof (Zurich Central Train Station) |
Alhamdulillah..akhirnya sampai juga ke entri terakhir untuk trip ke Switzerland ni.
17th NOVEMBER,2024
Semalam hari yang mengujakan di Montreux...sebab dapat 'jumpa' Freddie Mercury.Pagi ni kami akan check out dari apartment di Tafers ni dan bergerak ke Zurich.Esok kami akan fly back to Malaysia.Cukuplah 8 hari kat sini..kalau lagi lama, lagi banyak pulak Swiss franc yang keluar..hu hu.
Pagi seperti biasa,breakfast - maggie goreng & roti bakar.Masa ni memang dah rindu nasi lemak,roti canai,puri,tosai etc etc..
Bekal lunch hari ni
Nasi putih,telur dadar & ikan sambal.Generous portion sebab dah nak balik. |
Cuaca pagi ni sejuk..0℃.
Balkoni apartment di Tafers..bye! |
Hari ni kami akan pergi ke Rhine Falls,salah satu destinasi wajib bagi sape-sape yang datang ke Swiss.Jarak Rhine Falls dari Tafers adalah sejauh 195 km dan mengambil masa 2 jam 30 minit.Bagi mengisi kekosongan slot,kami decide (last minute plan) untuk singgah di Baden.
BADEN
The iconic Stadtturm (city tower) |
Jam 10.20 pagi kami sampai ke Baden.Kami park kereta berhadapan dengan Baden Train Station - 1.50 CHF untuk 2 jam.Kami jumpa sorang perempuan local & tanyakan arah Old City Baden.
Baden ni bandar yang bersejarah- 2000 tahun dulu terkenal dengan luxurious Roman bath..masih ada peninggalan Roman bath which is well preserved,tapi kami tak sempat explore.
Cantik bandarnya
Tak sempat nak study pasal bandar ni..sebab adhoc plan.
RHINE FALLS
Dalam 12.20 tengahari kami sampai ke Rhine Falls..parking 7 CHF (5 CHF untuk first 1 hour).Kami tak pasti ada tempat parking yang lebih murah dari ni atau tak..
Rhine Falls ni adalah the most powerful waterfall in Europe.
Free entrance..cuma kalau nak naik boat je yang kena bayar.
Sayangnya ketika trip kami ke Swiss,boat trip merentasi air terjun Rhine tidak beroperasi.Bermula 4 November,2024 sehingga 28 March,2025 operasi direhatkan sempena Winter Break.
Kena turun tangga & hiked down sikit..
Sebelum jumpa platform ni..
Ada train lalu betul-betul sebelah platform ni |
Signage in German..pandai-pandaila mengoogle-translate sendiri. |
Lepas tu kami bergerak ke Schloss Laufen - a-1000-year old castle by Rhine Falls.(Schloss = castle)...sebelah je.Banyak kali dah jumpa Schloss kat Swiss ni..macam Schloss Schadau Hotel Restaurant pada hari kelima.
Castle di belakang |
Berhadapan Schloss Laufen Restaurant,dah ada decorations untuk Xmas |
Oh ya,sebelum balik kami ada membeli sedikit cenderahati kat souvenir shop kat Rhine Falls ni.
Dalam 1.50 tengahari,kami bergerak ke penginapan kami yang terakhir di Swiss iaitu Ibis Budget Hotel,Zurich.
Singgah isi minyak dulu..full tank.
Dan beli kudapan terakhir..peneman setia sepanjang road trip |
IBIS BUDGET HOTEL,ZURICH
Hotel ni takdelah murah sangat walau pun namanya bajet..relatively cheaper lah kot dari hotel-hotel lain di Zurich ni.
Yang bagusnya lokasi hotel ni yang sangat strategik.
Di depan hotel,ada tram yang boleh terus sampai ke Airport Zurich.Ambik je Glattbrugg,Unterriet tram dari depan hotel...cuma 2 stops (3 min ride) dah boleh sampai ke Zurich Airport.
Selesai solat & lunch,kami rehat jap.Biliknya agak sempit - ruang untuk solat cuma boleh sorang je at a time.Takpelah,esok dah nak balik..
Room for tripple. |
Di depan lobby hotel,ada vending machine untuk snacks & beverages.Laundry (paid) pun ada |
BAHNOFSTRASSE
Strasse means road or street in German.Banyak jumpa word ni kat Swiss.
Malamnya,kami pergi ke Bahnofstrasse,one of the most expensive streets in the world.Kami naik tram dari depan hotel.
Terkial-kial jugak masa nak beli tiket ni,nasib baiklah ada local yang sedia membantu.
Dalam tram..
Swiss government doesn't recognize the existence of Palestine as a state...but,here..🍉🍉
The ride mengambil masa dalam 30 minit.Kami turun ke last station,HB (Zurich Hauptbahnhof).
Last stop |
Bahnofstrasse is right next to the station.It's only a 2-minute walk from the tram stop to the start of Bahnofstrasse.
5 star hotel di Zurich |
Zurich Hauptbahnhof or Zurich Central Station is the largest train station in Switzerland and one of the busiest in Europe.It was ranked as the best European train station in 2023 and 2024.
Kami gi jengah train station ni..ambik feel tourists yang naik train kat Swiss..hu hu
Selesai jalan-jalan city,kami naik semula tram.
..dan balik ke hotel - rest and sleep
18th NOVEMBER,2024
Last day at Swiss..kami cuma lepak-lepak kat hotel.
Depan Ibis Hotel |
Lepas check out,kami drive ke P3,Zurich Airport untuk pulangkan semula kereta ke Europecar.Mula-mula nak drop je kunci kereta dalam dropbox ni,sebab tengok takde orang dalam bilik Europcar.
Pastu baru lah datang staff dia..kami buat check up keliling kereta bersama-sama.
Ada sikit scratch kat tepi kereta..tapi takpe,nasib baiklah dah ambik premium insurance,0% liability.
Kat airport,browsing kedai-kedai and top up doorgifts yang patut.
Disebabkan kami tak sempat nak gi kilang coklat Lindt..kami singgah kat kedai dia dalam airport.
Pastu kami solat jama' Zohor-Asar dulu,kat tepi-tepi waiting area je..sebab takde prayer room yang khas after check in.
Kami fly ikut same route - Zurich - Dubai - KL
Alhamdulillah..selesai trip kami ke Swiss ni. Eventhough November is not a favourable month for tourists due to short daytime and unpredictable weather,we consider it succesful. Kami dapat both autumn and winter. This made us believe that Swiss on a budget is doable..dengan beberapa tips,travel hacks,syarat dan terma..hu hu.
Nanti,kami akan share itinerary cara kami..insya Allah.
"Auf Wiedersehen" (Goodbye /until we meet again) 👋👋 |