Tuesday, 28 January 2025

ARAWANA RESORT,LENGGENG - PORT HEALING YANG TERSEMBUNYI



Dari Sugeh Hills Eco Resort,Janda Baik kita beralih ke penginapan kedua di Lenggeng,Negeri Sembilan.

Kenapa pilih Lenggeng?Dari Janda Baik kami singgah di Gombak untuk hantar anak #3 balik kolej.Jadi destinasi kedua kami perlu menghala ke arah selatan - supaya berdekatan dengan rumah kami di Melaka & rumah anak sulong di Muar. 

Mula-mula kami bercadang nak cari tempat bersantai-santai kat Hulu Langat..sebab banyak yang best best.Tapi,pas tu kami terjumpa resort ni...walaupon tak viral (sebab baru setahun lebih beroperasi)..nampak macam best jer..nama tempat ni Arawana Resort.

Selepas check in,mama dan abah keluar ke pekan Lenggeng cari kudapan petang.Anak-anak dah singgah mengopi kat cafe di Eco Majestic,Semenyih otw ke Lenggeng.

Mama & abah singgah gerai untuk mengeteh..style kampung.

Kecik je gerainya,menu pun limited

Cekodok lembut cicah sambal bilis - sedap!

Kami menginap kat sini pada hari Isnin & Selasa - 1 malam je.Kitorang je yang stay kat resort masa ni..ha ha... mungkin sebab weekdays dan bukan cuti sekolah.

According to the owner Madam Ju,hari sebelumnya ada family day staff RHB- so all rooms fully occupied.Jom,kami bawak jalan-jalan kawasan sekitar resort.

Jalan masuk ke resort.Pintu pagar resort sentiasa ditutup untuk safety.

Owner bagi kami pegang remote control autogate - jadi senang untuk kami keluar masuk resort.


Banyak kawasan untuk lepak-lepak..semua green je.

Ada buaian

Gazebo

Rabbit & chicken farm pun ada..sesuai kalau bawak budak-budak.



Ada public swimming pool - shared by penginap-penginap resort.Tapi,ada beberapa bilik / rumah yang ada private pool

Sekitar kawasan pool..

Boleh mandi sampai pukul 10 malam...we had pool all for ourselves



Separate shower for man & woman

Jom tengok bilik yang kami book..

Mula-mula kami book Alamanda Connecting Room which can accomodate 4-8 pax (sesuai lah kot untuk kami berenam).

Alamanda Connecting Room

Beranda depan bilik Alamanda

Satu bilik ada 1 queen bed & satu lagi ada 2 single beds...dan 4 mattress FOC.

Kedua-dua bilik dihubungkan oleh satu ruang yang luas..

Di sebelah kiri ruang ada bath tub & shower room dan di sebelah kanan ada toilet & shower.

Kemudian rasa kesian pulak dengan 2 girls yang kena tidur atas tilam di lantai (sebab bilik takde karpet) dan ruang bilik taklah seluas yang kami sangka..

Jadi on the spot,abah bookla additional room berhadapan dengan Alamanda Connecting room..nama bilik ni - Vanda Premium Room...bilik untuk abah & mama lah.


Kami berjaya mengecek owner supaya kasi 'harga cincai' 😁 memandangkan hanya kami yang menginap di sini malam ni..so,owner kasi harga Rahmah RM200/night ✌...harga sebenar Vanda Premium Room di sini.

Queen bed & sofa bed

Bilik ni ada jacuzzi...maklumlah premium..

Laluan di antara Alamanda dan Vanda rooms...

Takde air kat water fountain ni

Bangunan dengan atap Minangkabau..tu lah bangunan dapur resort.

Meh tinjau keadaan common kitchen dia..luas dan lengkap


Kat bahagian luar dapur,ada kemudahan untuk barbecue..kali ni kami decide dinner kat luar je,sebab dah bertungkus lumus berbbq hari sebelumnya di Sugeh Resort.

Tempat bbq & masak pizza..bersih



Petangnya,acara swimming di kolam..


Suasana resort waktu senja menjelang maghrib.

Hill view from swimming pool area




Depan Alamanda connecting room

Selepas solat maghrib..kami keluar ke pekan Lenggeng untuk dinner.Kena drive sejauh 2 km baru sampai ke jalan utama...jalannya bertar baik,cuma agak gelap.Dari jalan luar,cuma 5 km ke pekan Lenggeng.

Pekan Lenggeng agak sunyi pada waktu malam..hanya ada 2 kedai tomyam.Pengalaman  kami makan di  salah satu kedai tomyam (nama dirahsiakan) - tidak begitu memuaskan.So,we just kept this to ourselves.

We think it's wiser to have bbq or cook at the resort.

Balik dari dinner,ada satu kejadian pulak.Lampu belakang kereta Estima couldn't turn off.Lama jugaklah abah dan anak-anak cuba untuk off kan lampu..tengok YouTube,tiktok..tanya ChatGPT,semua takde hasil...dah lah minyak kereta tinggal berapa bar je lagi.

Bila dah pukul 11 malam,kami decide untuk tido je lah..mana ada bengkel bukak malam-malam.Kalau ada pon,jauh dari resort.

Jam 3 pagi,abah dan mama bangun untuk panaskan engine kereta untuk beberapa minit.Takut jugak kalau lampu kereta menyala sepanjang malam,bateri kong..kereta tak boleh start pulak.

After Subuh,mama n abah drive ke stesen Petronas di Mantin - 13 km away ..untuk isi petrol.This is nearest petrol station dari resort.

Paginya kami breakfast kat kedai Nasi Lemak Ikan Sembilang,Lenggeng- tempat persinggahan favourite apabila balik kampung di Semenyih.


Lepas check out jam 12 tengahari,kami bergerak ke Seremban dan singgah kat Kedai Cendol Haji Shariff 

Selepas tu,kami berpecah menuju ke destinasi masing-masing - Melaka & Muar.Alhamdulillah,family trip kali ni dipermudahkan..walaupon ada sedikit hiccup,adatlah.

Semoga ada rezeki..diberi kesempatan masa dan kesihatan untuk kami berkumpul anak-beranak.Insya Allah..aminnn.


Pssttt..kalau berminat,boleh contact owner sini.






Sunday, 19 January 2025

BERTAMU KE RESORT ALIFF SYUKRI,JANDA BAIK

1st family trip cukup korum - dengan semua anak-anak & menantu

Syukur kami telah berjaya merancang percutian dengan kehadiran ahli keluarga yang lengkap.Kali ni kami gi bercuti ke Janda Baik & Lenggeng,Negeri Sembilan.Ni kali ketiga kami ke Janda Baik - sebelum tu kami stay kat Happy Paradise pada tahun 2018 dan Zaini Guest House pada tahun 2014.

All of us bertolak dari Melaka..pas tu kami pick up anak #3 dari kolej di Gombak on the way.

First stop..kami lajak ke atas sikit untuk lunch kat Lemang To'ki,Bentong - our favourite place.

Ramai betul orang,as always...the following weekend dah cuti sekolah,mestilah lagi ramai nanti.

As usual,lemang,rendang dan ayam bakar cicah air asamnya tidak mengecewakan..

Kenyang...happy!

Pas tu kami bergerak ke Janda Baik.Oleh kerana belum masa untuk check in...kita singgah dulu kat Kopi Ladang,Janda Baik untuk mengopi.

Sedap betul ice cream Malaysia perisa caramel ni
Kopi Ladang special..rasa kopi kampung yang kaw kaw

Kat sini takde makanan yang heavy-heavy.Lebih pada snacks -western and traditional.Kami dok kat tingkat atas sebab kat bawah dah penuh.

Tibalah masa untuk check in ke resort milik Aliff Syukri iaitu Sugeh Hills Resort.Awalnya,kami ingat harga bilik-bilik di resort ni mahal..ye lah kan,sebab Aliff Syukri punya branding...rupa-rupanya sangat affordable.

Anak sulong dan wife pernah menginap kat sini sebelum ni...jadi dia yang rekemen tempat ni kat kami.

Check in di kaunter,dia bagi kunci dan remote control TV

Kami book 2 rumah,sebelah menyebelah.Rumah Belalai Gajah untuk abah,mama & anak-anak perempuan..dan rumah Semalu untuk anak sulong dan wife.

Kat depan Belalai Gajah..

Ada balkoni

Dalamnya..

Bilik tidur utama

Bilik tidur kedua

Petangnya,kami ke sungai yang ada dalam Sugeh Hills Resort sendiri.Port yang kami pegi-air agak deras dan kurang sesuai untuk kanak-kanak kecil.Tapi sebenarnya,tak jauh dari situ,ada kawasan landai yang selamat untuk mandi-manda.

Ni yang kami sangat suka dengan Janda Baik - alam semulajadinya masih terpelihara terutama sungai-sungainya...memang best!We would always choose Janda Baik over Bukit Tinggi or Genting..

Dari kejauhan...sayup-sayup terlihat sosok seseorang berbaju merah...

Let's zoom in...

ha ha..abah tengah membidik lensa..capturing the beauty of river...dan aksi isteri & anak-anak..

Habis berendam kat sungai,pindah ke swimming pool pulak..

Malamnya acara kemuncak...barbeque 🔥🔥Barang-barang mentah kami beli kat Wangsa Walk Mall selepas jemput anak di Gombak.Tapi,kat kampung Janda Baik ni ada je beberapa kedai yang menjual ayam,ikan & seafood...cuma harganya kami tak sure macam mana..

Lama gak nak menghidupkan api...berpeluh-peluh abah & si abang mengipas...

Kemudiannya diselamatkan oleh portable mini fan adik bongsu!

Yeayyyy...alhamdulillah!

Dinner malam ni..berbaloi!

Malamnya kami tidur lena...takde nyamuk..tapi banyak kelkatu..maklumlah musim hujan.

Pagi esok,mama dan abah keluar untuk breakfast berdua (anak-anak biasalah..lebih prefer tido).Kami singgah ke Pulau Santap.

Masa kecik-kecik,anak-anak mandi kat sini

Infrastruktur bertambah baik..dengan pondok-pondok untuk disewa..

Lepas tu kami singgah sarapan kat D' Chemperoh Corner

On the way back to Sugeh..we spotted a place that looks sooo familiar.Rupanya Zaini Guest House yang kami penah stay 11 tahun yang lalu..

Now rebranded as Jungle Zen..

Titian yang sama..merentasi sungai ke ZGH




It reminds us of our humble years.Pondok kecik tu kami sewa dengan harga RM30 je,sedekad yg lalu

Back to SHR...jom ronda-ronda kat dalam..


Flying fox merentasi tasik

Sesuai untuk team building


Kawasan resort memang dijaga rapi oleh pekerja-pekerja SHR..respect!


Penginapan ni dipanggil Rumah Batak..utk 2 orang,harga RM80/malam.

Istimewanya,ruang bawah ni ada pangkin untuk lepak-lepak & makan-makan

Cuma bilik air kat luar & kena kongsi.Tapi,moden & bersih bilik airnya

Ni tempat mandi yang landai & selamat..berhampiran Rumah Batak


Di mana-mana,ada banyak tempat duduk untuk bersantai-santai bersama keluarga.



Tempat berBBQ pon ada banyak,dan bermacam-macam jenis.



Sebelum check out,jom snap few pics as momento..

Sungai ni terletak di antara Sugeh Hills Resort dan Sailor's Rest.



Banyak port OOTD & instagrammable kat sini.






Kami lunch kat R & R Genting Sempah je..sebab kena hantar anak #3 back to kolej.


Dia ada kelas pada jam 3.30 petang.Untuk percutian kali ni,dia dapat join 1 malam je.Takpe,insya Allah ada rezeki lain kali


Sementara abah & mama hantar anak #3 ke Gombak,anak-anak yang lain singgah mengopi di Chef Kecik Cafe di Eco Majestic,Semenyih.

Bonding time adik-beradik


Mama dan abah terus menuju ke tempat penginapan kedua,Arawana Resort,Lenggeng.Stay tuned..