Monday, 27 February 2023

TRIP TO JOHOR - DAY 2: DESARU TO JB

Indian Cuisine at 7 Spice Reastaurant

Hari kedua di Lotus Desaru

Alhamdulillah malam tadi tidur nyenyak.Pagi ni saya jogging & sempat shoot few gambar kat beach hotel


BREAKFAST AT TERATAI CAFE,LOTUS DESARU

Kami breakfast di hotel memandangkan voucher hotel yg kami beli memang dah include breakfast for 2 Then kita buy additional breakfast untuk anak.Untuk adult,dikenakan caj sebanyak RM30 dan untuk kanak-kanak harganya adalah sebanyak RM15 sahaja

Lotus cafe terletak bersebelahan reception lobby.Ada service shuttle untuk  transfer dari lobby or cafe ke blok-blok penginapan.Kami tak naik shuttle,kami bawak kereta dan park berhampiran cafe.Parking memang banyak yang kosong sebab kami datang masa off season.

Pada saya berbaloilah breakfast di Lotus Desaru ni.Makanan banyak variasi dan sedap…memenuhi citarasa.Staff pon sentiasa make sure makanan di top up.Lagi pon less crowded,dapatlah kita makan dengan aman tak perlu queue atau berebut-rebut.





Selepas check out,kami gerak ke Bandar Baru Uda  untuk melawat my other abang.Trip kali ni,selain dari jalan-jalan cari makan,kita manfaatkan untuk bersilaturrahim dengan menziarah saudara-mara

After almost 1 hour di rumah abang,kami minta izin untuk ke destinasi seterusnya,

LUNCH DI 7 SPICE

Next destination -  Indian Cuisine at 7 Spice.Restaurant ni suggested by our Indian friend…terletak kat Danga Bay.

Bangunan yg warna hijau tu la 7 Spice

Kami sampai di 7 Spice masa lunch break.Expectedly,sangat ramai orang.Tapi tak sangka pulak sampai kena queue kat luar restoren.

Saya tinggalkan nama dan fon number pada staff restoren dan kami tunggu dalam kereta.Dia kata kena tunggu dalam 15-20 minit.Exactly after 20 minutes we were called to be seated.

The ambiance - very cozy and classy…looked very clean.Staff very friendly and hospitable.Serving pon agak cepat.


Kami order chicken biryani,mutton biryani,steamed rice,butter chicken masala and papadam.Taste was surprisingly good.How we missed the authentic  Indian food very much.It brought back the memories when we were in India years ago!







CHECK IN TO MIDORI GREEN CONDOMINIUM 

After lunch we headed to airbnb yang kami book..kat Midori Green,Taman Mount Austin

At first kami tersilap pergi ke Austin Height (waze punya angkara lah).Nasib baik lah Midori Green ni sebelah je.

Photo,credit to host's page

Airbnb ni sangat selesa dan dengan harga bawah RM200/ night..saya rasa sangat berbaloi lah.

Self checking in so easy peasy..ada sheltered parking on 1st floor (so tak risau nak berpusing-pusing naik ke tingkat-tingkat atas).Parking area ada sensor light - we felt very safe bila ke kereta malam-malam.

Keadaan dalam airbnb - spotlessly clean & sangat wangi.

Ada 2 bedrooms & 1 shared bathroom.


Master bedroom

2nd bedroom

This unit can accomodate upto 6 person..host siap prepare folded mattresses for extra guests.


Photo,credit from host's page

Ada balcony

Petang kami rehat kat airbnb..memang santai-santai je kat room,walaupon ada kemudahan gym & swimming pool kat condo ni.

Photo,credit from host's page

Kalau nak book Airbnb ni,sila klik sini!

Malam kami visit cousin yang tak berapa sihat di Bandar Baru Uda.Memang trip ziarah kasih ni..family dia jamu dengan mihun goreng.Alhamdulillah,rezeki.

Otw balik kami drive through ke McD Taman Mount Austin for our supper..hu hu.

Syukur,semuanya berjalan dengan sangat baik pada hari kedua kami ni..








Thursday, 16 February 2023

TRIP TO JOHOR – DAY 1 : KLUANG TO DESARU

Beach..at Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Assalamualaikum

Baru-baru ni ,kami pergi bercuti ke selatan Semenanjung Malaysia.Lama dah tak ke sana atas urusan cuti.Selalunya,paling jauh pun balik kampong ke Batu Pahat je.

Kami bawak kid #3,kebetulan dia je yg available..tengah cuti semester.Kami plan gi bercuti sebelum cuti sekolah start following week.Malas nak bercuti time school holiday,dengan jalan yang jammed..kat mana-mana akan sesak dengan umat manusia..long queue kat kedai-kedai makan,R&R..kat stesen minyak.We’re so blessed that anak-anak dah tamat persekolahan (the youngest tengah SPM)..tak perlu lagi bercuti ikut ‘takwim cuti sekolah’ he he..Alhamdulillah.

BREAKFAST -KLUANG COFFEE

Destinasi pertama,kami ke Kluang untuk visit my abang.Singgah dulu untuk morning break kat Kluang Coffee.Sayang sekali..,Kluang Coffee yang original kat stesen keretapi tu tutup setiap hari Isnin,jadi takde lah rezeki kami ke situ.Yang bagusnya kat Kluang ni ada 5 cawangan Kluang Coffee.Jadi,kami singgah kat cawangan Jalan Tasik.

Lama dah tak pekena kopi Kluang Coffee.Years ago,ada cawangan Kluang Coffee ni kat Tesco Melaka,tapi lama dah tutup..ntah kenapa.

Ramai jugak orang ..walaupon weekdays (& cuti sekolah belum bermula)

Kopi,roti bakar & telur separuh masak tak menghampakan.

Tapi mee goreng & cekodok ni sejuk..a bit turn off here.

Apa-apa pun,syukur perut kenyang..

Singgah kejap rumah abang..ziarah family & tanya khabar.

LUNCH -JASON BAY,TANJUNG SEDILI


Trip kali ni..edisi redah je.Kami tak google tempat-tempat makan yang sedap or viral.Instead we asked local!Tanya sedara-mara & kawan-kawan yang tinggal kat sana..port2 mana yang diorang selalu makan.1 of school alumni suggest makan ICT kat Jason Bay public beach ni..so kita pon navigate la ke sana.

Cantik & bersih kawasan pantai kat sini.Sesuai untuk mandi-manda ,berpiknik & camping.

Kami order nasi goreng,sotong goreng tepung & ikan celup tepung.Fresh..dan harganya berpatutan.



Tengah makan..hujan lebat pulak..

Dari Tg Sedili,terus ke Lotus Desaru untuk check in

LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA

Kami memilih untuk menginap di sini.Penah datang sini masa anak-anak kecik-kecik dulu...maknanya dah lama sangat dah hotel ni.Walau macam mana pun,nampak macam maintainence dia ok.


Reception counter managed by ?foreign worker who doesn't speak decent English /BM

Kena ambik nombor giliran untuk check in

Hotel ni ada 18 atau 19 blok? (blok A sampai S?) yg dicat warna-warni.Bangunan ni ala-ala castle fairy tale.

Hotel surroundings...

Bawah tu Teratai Cafe..untuk breakfast



A couple of seafood restaurants inside Lotus Desaru

Seafood restaurants..mengadap laut



Oh ya..Ada juga tempat spa & gym..

Actually kami beli voucher hotel Lotus Desaru ni last year masa kempen cuti-cuti Malaysia di Melaka.Ni baru ada kesempatan untuk redeem voucher.Berbaloilah harga voucher siap ada free breakfast for two & free entrance to LD waterpark.

View waterpark dari balkoni bilik

Falling coconut

Waterslides

Pool dewasa tengah renovate





Kalau tak nak mandi kat waterpark,boleh jugak mandi kat pool bersebelahan lobby ni..cuma jauh dari bilik-bilik penginapan.


Kami book 1 bedroom suite..dia macam loft gitu.Tapi,tak sesuai untuk wargaemas atau yang ada anak-anak kecik…bahaya.



Petang rehat & tidur je sbb penat..long hours driving

DINNER – CJ SITE

Malamnya kami keluar & cari kedai-kedai makan yang dekat-dekat je.

Terjumpa kedai tomyum tak jauh dari Lotus Desaru,dalam 3 km je.Ni kat Taman Mutiara Desaru.

Okla,sedap makanan yang kami order.

Selepas makan,kami gi ziarah wife arwah sepupu kat Bandar Penawar…lepas tu balik hotel untuk rehat

Tamatlah day 1 yang sempoi..