Tuesday, 29 September 2020

CUTI-CUTI KUANTAN PKPP...KALI KEEMPAT!

Emmm..kalau tengok tajuk,memang macam tak de tempat lain ke nak bercuti..kan?😃😃😃

Kuantan tu dah macam rumah kedua dah bagi kami.Sejak PKPP ni..dalam masa 6 minggu,dah 4 kali kami turun ke Kuantan.                   

Pertama kali- anak # 2 masuk kolej balik

Kedua- anak # 3 daftar pre-U

Ketiga - bawak anak # 4 pergi jumpa anak #2 & # 3 sempena cuti sekolah

Keempat - saya berkursus kat sana.So,untuk kali keempat ni,hanya kami 4 beranak (bersama anak #2 & anak #3).Abang Long kat Penang & adik bongsu di asrama Melaka

                                                            Poh Paleh Weh!!!  

Alief Aeman Homestay,Kg Padang Perdana

Malam pertama kami menginap di homestay ni,rumah teres setingkat di Kg Padang Perdana..nama je kampung,actually taman perumahan.

All 3 bedrooms ada aircond.








Rumah saiz sederhana,tapi deco sangat cantik

 

Dapur serba modern



 


Kami celebrate birthday anak # 3.Belated bday..

 

Happy dapat keluar..selepas dikuarantin sebulan lebih!

 

Ni je keknya...mango cheese & nutella cheese.Alhamdulillah

Top places nearby - Jaman Tory (7km),Airport (9.7km),East Coast Mall (9.7km),Kula Cakes (9.6km) & Sate Zul (11.2km).

Tapi banyak je kedai-kedai runcit & restoren-restoren berdekatan.

Rumah disewa untuk muslim je.#BMF

Restoren Mohd Chan,Indera Mahkota

Malamnya kami dinner kat restoren ni je.Nak ke Tg Lumpur ,16 km dari homestay..malas pulak.

Siakap 3 rasa
Sotong butter 


LoTeng Cafe,Telok Cempedak

Memandangkan tempat penginapan seterusnya dekat dengan Telok Cempedak,so kami decide nak lunch kat LoTeng Cafe.Ikutkan reviews,cafe ni serve Asian & Western cuisine..and famous menu..cheese cake.

Operating hours 11 am - 1 am.Kami sampai pukul 11.40 pagi.Pekerja dia cakap pukul 12.30 baru boleh order,diorang tak ready lagi!Apaaaaaa?????

Kami order grilled chicken chop...tapi macam ayam goreng kunyit je,portion pun kecik...tak berpadanan dengan harga..nak ambik gambar pun malas.

Tapi,kenyang juga...alhamdulillah

Penamat lunch..toblerone cheese cake..sedaaaappp


 Selepas lunch...jalan-jalan kat pantai..



Selain monyet-monyet yang berkeliaran,banyak juga kucing-kucing kat sini

Makan ice cream McD sambil mengawasi monyet-monyet yg ready nak menerkam!


The Colony,Telok Cempedak

Pastu kami check in ke homely,cosy villa with only 8 rooms


Lepak-lepak & merehatkan minda..

Takde budak-budak kecik time ni

Jadi acik & hakak2 take over pool..


Dinner di Lila Wadi

Just opposite The Colony,ada open air restoren..Lila Wadi.

From what we read,Lila Wadi is very famous & always recommendable for its famous Kula cakes & western cuisines .Disebabkan dah makan Western masa lunch tadi,kami ingat nak makan goreng-goreng kat sini.

It turned out that...nasi goreng prawn,nasi goreng beef & nasi goreng lamb...semuanya rasa sama!Cuma ditambah prawn,beef & lamb as garnishing... semua nasi goreng tu dah premixed & pre cooked,kemudian dipanas kat microwave...haiyaaaa!Tak kick langsung..so much hype..overrated la tempat ni.


Menu penyelamat..Kula Cakes


Menjelang malam..kami hantar anak-anak pulang ke kolej masing-masing..

Breakfast & morning walk di Taman Gelora.

Sebelum check out dari The Colony

Oleh kerana restoren Nasi Minyak Eda Yasin tutup (Isnin),kami makan kat kedai bersebelahan yang agak sedap jugak.Few times makan roti canai kat sini,tak mengecewakan.

Roti telur & kari kambing

Ke Taman Gelora...tak pakai sport shoes / attire..jadi kami jalan-jalan je sambil ambik angin pagi.Cantik dan bersih Taman Gelora ni..sesuai untuk jogging.

Lunch di Mabiq 2

Disebabkan anak-anak tak gemar makan patin tempoyak,maka amat jaranglah kami makan kat sini.Selalunya,kami cuma singgah untuk beli frozen pais patin tempoyak untuk stok di Melaka.Sangat-sangat rekemen frozen pais patin tempoyak ni..

Lunch abah & mama hari ni..

Pais patin tempoyak,gulai daging salai,ulam-ulam & sambal belacan

Check in ke Zenith Hotel

Di sinilah saya berkursus untuk 3 hari 2 malam.

Minum petang di Jaman Tory

Mama gi jemput anak #2 untuk teman makan di JT sementara abah berkursus.

Signature dish..Juara Char Kuey Tiau (yg ada keropok & telur goreng tu)

Sekian,tu saje kisah 5 hari 4 malam percutian di Kuantan..Sehingga jumpa lagi!

Tuesday, 4 August 2020

HOTEL BAJET DI INDERA MAHKOTA,KUANTAN

Salam...sudah lebih 4 bulan kami tak turun ke Kuantan..sejak PKP hari tu..kini tiba masanya anak perlu menyambung pengajian semula..so,Kuantan!Here we come..

Disebabkan kami perlu menghantar anak bongsu pulang ke asrama (Melaka) dulu,maka kami sampai lewat ke Kuantan.For a brief one night stay..we chose this budget hotel for accomodation.

Hotel Sri Manja

Pic- credit to azure.websites

Booked hotel melalui Agoda

Location 

Hotel butik ...very close to highway..& yang paling dekat dengan UIA,Kuantan.
Kuantan City- 6 km
Kuantan Medical Centre- 1.4 km
UIA Kuantan - 2.1 km
Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan - 7 km

Process check in
 - lancar (tak ramai orang sebab Covid-19).Check in / out mengikut SOP PKPP.Staff pakai masks.Customers kena register nama & scanned for body temperature on daily basis.

New norm


Restaurant closed


Parking


Spacious ample parking lot at the back of the hotel

Wifi.

Free.Strong sebab router wifi tu depan bilik kami (we're lucky!)

Keadaan dalam bilik

Bila saya browse.. bilik paling besar (family room) adalah utk triple- menempatkan 1 katil queen & 1 katil single.Kami book 2 unit Deluxe Rooms..sempoi je bilik,tapi bersih & agak luas..boleh solat jemaah 2 orang.

1 double bed
1 double bed



TV & coffee set .Takde mini bar
Pic- credit to azure.websites


Bilik air with opaque glass door

Jangan tak tau..kecik-kecik pon,hotel ni ada swimming pool tau!Tapi,tak dibuka sebab PKPP ni..

Nearby eateries around Hotel Sri Manja *

< 500m - 1 km

Dapur Mama – nasi kukus dengan lauk ayam /daging (betul-betul  sebelah hotel)




Lebak  Cafe– western food
Starbucks
Secret Recipe
Al Masha Nasi Kandar
Warung ABC
Nasi Vanggey
Burger Kings
Restoren D’Wafi  (sarapan pagi)

1-5 km
Restoren Mohd Chan (Chinese Muslim restaurant)




McDonald’s
KFC
Jungle Food Court
Jaman Tory



Lemang To’ki ..bersebelahan Bazar Serambi Teruntum






5-10km
MyMama Nasi Kukus




Wan Satay House
Sara Thai
Ana Ikan Bakar Petai
Eda Yasin Nasi Minyak


Sate Zul




Mustaffa Cendol



Micasa Café by the River (restoren tepi Sg Kuantan)
Warung Poksu Moksu 

Warung asal di tepi jalan,sebelah Balai Polis Peramu 

sata & goreng2 tepung

Sekarang dah upgrade ke restoren (warung asal masih beroperasi)


Main attraction kat Kuantan...tak lain tak bukan...Pantai Telok Cempedak (11 km dari hotel)


Saya share recent VIDEO kat Telok Cempedak..


Tu je lah serba sedikit perkongsian tak berbayar ni.Moga-moga bermanafaat