Monday, 24 April 2023

WE BID FAREWELL TO TAIPING

Hari ni end of our short vacation.After subuh mama n abah gi Taman Tasik Taiping for a short walk.Anak-anak nak layan tido kat hotel.




Boleh tahan ramai yang berjogging kat sekitar tasik ni..seronok je..dapat menikmati fresh air di pagi hari.

Almost 2 jam jugak lah berkeliling tasik ni.

Sebelum check out dari Hotel Taiping Perdana,kami breakfast dulu kat hotel.Okla not bad breakfast dia - walaupon makanan tak banyak variasi ,rasanya sedap jugak.


Pastu kami singgah kat Roti Bakar Arang Fadzil House.Anak sulong yang recommend supaya kami try makan kat sini (dia penah posting kat Taiping dulu)

Taiping has too many historical buildings.So,we tried to make a short visit to few places which we couldn't come during previous visits.Jadi kami gi jenguk Stesen Keretapi Lama Taiping.

Di sini lah terletaknya landasan keretapi pertama di Tanah Melayu yang menghubungkan Taiping dengan Port Weld (kini Kuala Sepetang)



Lokasi seterusnya - Taiping Clock Tower. Terletak di Jalan Kota,menara jam ini dibina pada tahun 1881.It was originally constructed as a wooden building and served as first police station in Taiping

Ada 1 lagi clock tower yang dipanggil sebagai new clock tower - newer compared to the earlier mentioned clock tower (built in the 1960s).Yang ni nampak tak menarik sangat..kami lalu je,tak singgah

Sebelum meneruskan perjalanan pulang,kami singgah kat Ansari Famous Cendol (sebab dulu dah try cendol Bismillah) untuk mini kudapan & basah tekak.

Alhamdulillah sedap cendol dan rojaknya.

Semoga ini bukan trip kami yang last.Insya Allah kalau ada rezeki,kami akan ke Taiping lagi




Sunday, 9 April 2023

TAIPING….WHERE TIME STANDS STILL…


Beautiful Taiping Lake

Dari DoubleTree by Hilton,Damai Laut kami ke Taiping - bandar warisan dengan pesona yang tersendiri.

Lunch-Rumah Makan Nasi Talam

On the way ke Taiping,kami singgah lunch kat Rumah Makan Nasi Talam.Kedai makan ni terletak kat Jalan Kuala Kangsar- Changkat Jering.Kedainya betul-betul di tepi jalan.


Konsep kedai - makanan dihidangkan dalam talam.Menu telah di setkan kepada 4 pakej untuk dipilih.1 talam tu hidangan untuk 3  atau 5-6 pax.Tapi jangan bimbang,staff dia boleh customisekan mengikut bilangan pengunjung yang datang.

4 pakej lauk (bawah saji-saji tu)

Special nya nasi diletakkan dalam bekas rotan & lauk pauk dihidang dalam pinggan mangkuk atok nenek kita dulu-dulu.
Kami pilih set ni - ada ayam bakar madu (the best),asam pedas,sambal sotong,ayam masak merah,ulam-ulam,sambal belacan & ikan kering

Asam pedas so-so

Hotel Taiping Perdana

Selepas lunch,kami check in ke Hotel Taiping Perdana,oklah decent hotel,run by Koperasi Guru-guru.For a price less than RM200,kami dapat 2 rooms...bonus- hotel ada indoor pool & complimentary breakfast.Not bad.



Taman Tasik Taiping

Petangnya,kami ke Taman Tasik Taiping.Tak sahlah datang Taiping kalau tak ke sini.

Cuaca mendung macam nak hujan.Tapi kami gamble je untuk keliling tasik dengan boat.




Almost sejam jugak lah dalam tasik tu..sempatla lenguh kaki mengayuh boat..settled!

Lepas tu,kami book basikal pulak- 1 basikal untuk double riders & 2 basikal untuk single rider.

The iconic tree


Sempatla pusing-pusing 2-3 rounds.Tiba-tiba hujan turun selebat-lebatnya.Jauh jugak kami berjalan sebelum sampai ke Restoren KFC untuk berteduh.Lencun jugak baju.

Dinner - Station FMS @ Selera Taiping,Taman Tasik Taiping

Bila hujan dah reda sikit,kami walk to nearby 'food court' (masih kat Taman Tasik Taiping) untuk dinner.

Alhamdulillah sedap makanan kat sini - nak-nak lagi time-time hujan ni.



Selesai dinner,kami pulang ke hotel untuk rest & sleep.

Maghrib dah..