Sunday, 26 September 2021

CUTI-CUTI PPN FASA 2- OUR VERY FIRST STATECATION!

Sunset view from room

Salam...helloooo??lama betul tak update blog.

Rasa macam dah naik kematu dok rumah..term bersilih ganti..dari PKP ke PKPB ke PKPP,pas tu ke PPN...fasa 1,2,3 dan 4...tapi feelings tetap sama,norma tak berubah..kes Covid naik turun dan naik lagi..Ntahlah.

Melaka dah beralih ke PPN fasa 2 sejak 4 September..dah boleh merentas daerah..yahooooo!..emm apa lah yang best tu?Melaka pun ada 3 daerah je pon. Dah tak boleh catch up dah dengan SOP..apa yang boleh,apa yang tak boleh.Yang pasti tak boleh-boleh ...adalah merentas negeri!

Kali ni kami dapat berkumpul lagi 6 beranak di rumah sebab kid # 1 & kid # 2 pulang untuk cuti semester.Atas alasan itulah keduanya dapat merentas negeri dan balik kampung.Nak harapkan kami pergi visit diorang,memang tak dapatla.Mantan PM TSMY umumkan antara kemudahan penerima vaksin lengkap 2 dos adalah- parents dibenarkan merentas daerah / negeri untuk visit anak bawah 18 tahun.Bawah 18 tahun memang dok umah lah..berPdPR!Anak-anak atas 18 tahun yg study jauh-jauh kat IPT..

Sempena Hari Malaysia & minggu cuti sekolah kid # 4,kami ajaklah anak-anak gi dok hotel.Syarat,hotel yang ada kelonggaran untuk dine in dan mandi swimming pool..barulah ada kelainannya (walau pun tetaplah kena ikut SOP).

So,kami booklah DoubleTree by Hilton,Melaka...sepelaung je dari rumah.

DoubleTree by Hilton ni terletak dalam bangunan sama dengan Elements Mall.Mall ni memang dah lama sendu,sebelum  PKP lagi,maybe sebab kedudukan yang tersorok dan tiada nearby attractions (within walking distance).Jadi,masa kami gi,memang mall ditutup dah..tak dapatlah nak bershopping or tengok wayang  (Cinema allowed to operate starting 4th September,2021)

Layan gambar-gambar je lah

Masa  check in






Kami book 2 tripple rooms with interconnecting doors.Sampai sana diorang upgrade ke  bilik yang besar sikit dan lebih selesa.Alhamdulillah




Petang tu,bermandi-manda kat swimming pool.Ikut SOP,dibenarkan 15 orang sahaja dalam kolam pada satu-satu masa.







Iron Man in action..he he

Happy memasing..

Lepak dalam bilik..enjoy our time together.


Malamnya kita dine Ikan Bakar kat kat Kompleks Nelayan,Muara Sg Duyong.Lama tak makan ikan bakar..restoren ni baru benarkan dine ini sehari sebelumnya.

Back to hotel

Mengintai dari tirai kamar

Menjelang maghrib

Esok pagi breakfast di hotel.No buffet..we were seated & waiter yang datang ke meja ambil order.Walau pon banyak kelemahan cara sebegini,pasrah sajalah dengan norma baru.

Repeat swimming lagi..

Dah lah tu...jom naik! 

& bermalas-malasan kat bilik...

Lunch kat bilik,order McD delivery,sebelum check out

Alhamdulillah.Walau dekat,walau sekejap...yang penting kebersamaan di bawah bumbung lain (bukan rumah)...dapatlah beralih angin jap.

Hari lain...minggu yang sama,kita keluar dine in kat Mohd Chan by The Garden,yang terletak bersebelahan Taman Seribu Bunga,Air Keroh





Things that we used to take for granted dulu (makan-makan kat luar),now dah jadi benda yang sangat rare and precious!


Salted egg prawns

Siakap 3 rasa

Sotong goreng nestum

Apa-apa pun,syukur kepada Allah kerana masih memelihara dan melindungi kami sekeluarga dari wabak Corona ini.Alhamdulillah..

Sunday, 16 May 2021

EVOLUSI RAYA KAMI..

1 Syawal 1442H

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari kami untuk sahabat-sahabat (di alam nyata or alam maya) & saudara-mara yang mengingati kami.

Dan pada sape-sape yang 'melintas' ke entri kali ni.

Kat sini saya nak compile evolusi raya family kami,untuk kenang-kenangan di kemudian hari.Seronok tengok anak-anak growing up 😁 (at the same time WE parents are growing older 😩..).

Ni dari zaman henfon tak cerdik...membawak ke henfon cerdik (smart phone).Jadi untuk tahun-tahun awal tu,gambar adalah dari kamera biasa...gambar yg ada negatif  filem,hokey?So,kualiti maybe not so good.

Ni gambar-gambar yg available je...ada tahun yg skip tu,maknanya gambar tak jumpa lah

2005

Our youngest daughter was born the same year




1st gambar cukup korum adalah tahun 2005 (Gambar raya sebelum tu kena carik kat album dalam 'gobok' dulu..ha ha)

2007 

Zaman ni Ina Naim (ex tunang Mawi) popular dengan bunga besar kat tudung..he he

2008


2009

The first & last time anak-anak dara pakai baju kurung cekak musang
 (tak selesa mencekik leher,katanya...hai anak!)

2010

Tak ingat apsal tak ambik gambar 1 family this year..yang ada gambar open house bersama family

Family Semenyih...first time dapat menantu orang Morocco dalam family

Family Bagan (Batu Pahat)

2012

Pose santai lepas makan pagi raya

2013

Tema kontemporari ..

2014



2015


2016

Black & white ...& grey


2017


2018



2019



2020 CovEid 1.0

First time beraya di rumah sendiri...tak balik kampung.Anak-anak terkurung di rumah 3 bulan dek PKP




2021 CovEid 2.0

 




 









 


 



Semoga CovEid ni tak berlanjutan hingga ke edisi-edisi seterusnya...semoga wabak ni akan segera berakhir & kita dapat beraya seperti dulu-dulu.Amin Ya Rabbal Alaminnn..

Demikianlah...T.A.M.M.A.T