Monday, 30 November 2020

MELAKAN VISIT MELAKA - GIRLS' DAY OUT - PART 1



Salam. 

Pada 20 November baru-baru ni,Menteri Kanan Pertahanan,Dato' Sri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri termasuklah Melaka ditamatkan lebih awal iaitu bermula 21 November,2020.Alhamdulillah syukur dapat kembali ke fasa PKPP semula.Merasalah kami di fasa PKPB untuk 12 hari (9-21 November,2020).

Kami still tak dapat balik jumpa parents di KL & Selangor..dan juga adik-beradik.Lembah Klang masih menunujukkan statistik kes Covid-19 baru yang tinggi,tak taulah bila akan ditamatkan PKPB.Jadi 'berkurunglah' kami empat beranak di Melaka (bersama kid #4 & kid #3-sedang cuti semester).2 lagi anak di Penang (PKPB) & Kuantan (PKPP).

Melakan Visit Melaka 2020 Campaign

Recently Chief Minister of Melaka had launched 'Melakan Visit Melaka 2020' campaign to boost local tourism among domestic tourists.It offers 50% discount on 18 tourism products in the state including Melaka River Cruise,Melaka Zoo and Melaka trishaws,to name few.The privileges are for the people of Melaka who hold identity cards with the number 04 or 30 and those who live in the state

So,mama and 2 girls went out to explore Melaka like we used to do when the anak-anak were small.





Ok..so kita start dengan breakfast nasi lemak kat Kedai Makan Mak Minah,Durian Daun...favourite stall for locals.Warung ni terletak betul-betul berhadapan dengan Restoren Lot 85 (kalau google tempat-tempat makan best kat Melaka...mesti pop up Lot 85 ni).

Melaka River Cruise (MRC)



Lepas tu,kami plan nak naik MRC.Last naik masa anak yang sulong masih bersekolah rendah..lebih 10 tahun dah.Normal adult fare for the cruise is RM25..jadi kalau ikutkan 'Melakan Visit Melaka 2020' campaign ni,bolehlah dapat RM12.50 sekepala.Orait sangat tu..

Rupa-rupanya,untuk MRC,diskaun 50% tu cuma applicable untuk hari Isnin- Khamis sahaja.Hari Jumaat- Ahad,masih normal fare!!Apa lah...they expect orang Melaka akan ambik cuti masa weekdays to enjoy this privillage?

Terus spoilt our mood...so,kita strolled along Melaka River je...pas tu jalan-jalan sekitar Melaka Heritage Trail..

Bosan....lama sangat PKP dalam sungai...naik ke darat jap

Kren lama yang digunakan untuk mengangkut barang-barang dari kapal di Sungai Melaka

Kincir Air Kesultanan Melaka



Gambaran sebenar Kincir Air Kesultanan Melaka (Gambar Google)

Kincir air yang pertama dan terbesar di Malaysia.Pembinaanya berdasarkan kepada teknologi Tamadun Islam yang terdapat di Syria dan di Lijang,China.

Bastion Middleburg

Kubu menghadap Sungai Melaka


Satu hari nanti...foto ni akan jadi bukti kat anak cucu macam mana mak bersiar-siar zaman Covid.

Selepas Portugis tumpas di tangan Belanda pada tahun 1641,kerajaan Belanda telah membina kubu-kubu pertahanan tambahan kepada kubu-kubu sedia ada yang didirikan oleh Portugis.Bastion Middleburg adalah 1 dari 9 kubu tambahan yang dibina oleh Belanda.

Hampir keseluruhan telah dimusnahkan oleh Inggeris pada 1807 ketika penakhlukan.Jabatan Warisan Negara telah membina semula kubu dari struktur asal berpandukan dokumen sejarah.Kerja-kerja penggalian dijalankan untuk mengenalpasti lokasi asal dinding kubu.

Kota A Famosa

Yg bermakna 'Yang Termasyhur".Kota ni dibina sebaik sahaja Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan dari orang Melayu.

Sejarah bahan binaan kota ini adalah daripada masjid dan kubur orang Melayu.Betul ke?

Dakwaan ini dibuktikan dengan penemuan surat Giovanni da Empoli kepada bapanya yang menyaksikan peristiwa ini sepanjang tempoh 6 bulan beliau berada di Melaka.Giovanni adalah pedagang dari Lisbon yang mengikuti angkatan laut Alfonso de Albuquerque mengembara ke Asia Tenggara.

 


 


Otw ke Istana Kesultanan Melaka,boleh nampak dereten muzium-muzium seperti Muzium Islam Melaka,Muzium Setem,Muzium Umno,Muzium Layang-layang dan Muzium Dunia Melayu Dunia Islam

Muzium UMNO Melaka

Muzium Dunia Melayu Dunia Islam

Malacca Sultanate Palace 


Istana Kesultanan Melaka adalah replika kayu istana Sultan Mansur Shah pada kurun ke 15.Istana asal merupakan bangunan 7 tingkat yang dibina tanpa sebarang paku.

Beli tiket kat kaunter guard ni.Harga tiket dewasa RM5 je (kanak-kanak RM2).Tapi hari tu ada promotion.Dapat lah RM3 untuk tiket dewasa 

Ada taman berhadapan istana




Jom jengok ke dalam muzium..


Pelan lantai..ada 2 tingkat beserta loteng di mana terletak bilik harta karun

Parameswara menyaksikan seekor pelanduk putih gi flying kick  anjing perburuannya 
Dia impressed & plan nak buka negeri kat situ.Nama Melaka diambil dari nama pohon pokok Melaka yang dia bersandar tu


Hukuman kepada penjenayah


Balairong Seri

Yang sederet berbusana seragam..geng pak menteri
Yg terlentok tu pasaipa?


Arca Hang Tuah 


Pertarungan antara 2 lejen - Hang Tuah & Hang Jebat

Oklah,cukup sampai di sini..lawatan sambil belajar hari ni.





Insha Allah..kita explore lagi Melaka..hu hu.. Assalamualaikkum wbt.