Monday 2 March 2020

DAY 3 BALI - INSTAGENIC WANAGIRI & PANORAMIC TANAH LOT


Selepas hari yang hectic semalam..hari ni kami keluar agak lewat..jam 9 pagi.

Wanagiri Hidden Hill 

Bali agak sibuk juga pada hari Sabtu...seperti mana weekdays.Most probably becoz Bali's main source of income is tourism...it looks like the city never sleeps.

Kanak-kanak pergi sekolah hari Sabtu.tapi diorang balik awal,dalam pukul 11 pagi.

Perjalanan ke Wanagiri mengambil masa dalam 2 jam lebih.Oleh kerana ni kawasan pergunungan,jalan menuju ke sana agak kecil dan berliku-liku.Yang bagusnya..bas-bas persiaran tak dapat naik sampai ke atas ni...cuma orang perseorangan atau group pelancong yang datang dengan motor atau kereta yang sampai ke sini.So,relatively...takde lah crowded sangat.

Tak sure berapa entrance fee..sebab semuanya dah masuk dalam pakej.

Wow..view kat sini memang memukau..ada dalam 7-8 spot untuk bergambar,semua platform tu mengadap terus ke Danau Buyan & Danau Tamblingan...berlatarbelakangkan Gunung Lesung dan Gunung Batukaru.




Model cilik yang natural








Tips; come early to beat the crowds.






Handara Gate

Handara Gate ni sebenarnya cuma pintu masuk ke Handara Golf & Resort,Bali.Later jadi icon kat Bali.Actually we can see a number of similar gates in Bali...this traditional Hindu gate that symbolises the entrance of outer world to the temple.

Disebabkan spot ni dah popular sekarang,locals had recently put up a 'station' (meja & gerai jualan)..where tourist must pay to take photos in front of the gate.Business minded betul diorang..pendek kata memang takde lah tempat yang free kat Bali ni..


Pas tu kena beratur(panjang) pulak..



Sabau je lah menunggu..orang kat depan pose pelbagai aksi...tu belum masuk boomerang..tik tok ..bideo...malah yang bawak drone pun ada.


 Tiba giliran kami....balas dendam!




Munir pun kena paksa posing..dah macam retis Indo

Pengorbanan seorang suami...hu hu

Lunch at Warung Kampung Pedas

Hari ni kami lunch awal.Maybe sebab cuaca yang sejuk-sejuk macam ni..cepat pula lapar.
Kami try Ayam Betutu - masakan tradisional Bali..oklah..rasa macam makan ayam herba.Cuma tak berapa kena dengan selera kita.(Yang healthy tu biasanya kureng sedap..kannn?)

Ayam Betutu


Ayam Madu


Ayam Masak Pedas

    
Ayam crispy


Setiap set datang dengan nasi,sate,timun,
taugeh celur & tembikai



Kami solat jama' Zohor-Asar di surau restoren...surau unisex..so,muslimin & muslimat kena take turns la

Somewhere...otw





Agung Bali 

Just to kill time...sebelum pergi ke Tanah Lot temple...kita singgah jap kat sini.It's a one stopshop for oleh-oleh / souvenirs Harganya agak mahal sikit berbanding Krishna..

Tanah Lot 

Tempat yang wajib pegi kalau datang ke Bali.Tanah Lot..lot tu laut..bukan tanah lot untuk dijual macam kat Msia ya!
Yang terkenal kat sini ialah Sea Temple...kuil kat atas laut.


Durian di mana-mana



Tanah Lot merupakan tebing tinggi yang menganjur ke laut..tebing ni terbentuk jutaan tahun dahulu akibat dari hakisan semasa pasang surut lautan.

Kat atas tebing ni..diorang bina kuil (pura).


Opposite to the main temple..ada another temple.


Pura (temple) Batu Bolong.
bolong =  hollow

Tanah Lot terkenal dengan pemandangan laut dan batu-batu yang cantik..especially sunset nya.Tapi,kami dah agak kepenatan nak tunggu sunset..cukuplah apa yang dapat setakat ni





Dinner di Wong Solo,again

Kami sebulat suara request Munir..supaya bawa kami ke Restoren Ayam Bakar Wong Solo lagi..teringat-ingat kesedapan ayam dan ikan guramenya.






Supper- Mertabak & Terang Bulan

Selesai dinner,atas suggestion Munir..kami singgah di stall (Muslim) tepi jalan...untuk membeli mertabak & terang bulan (apam balik kalau di Malaysia).


Sampai kat hotel,baru kami makan..kira supper la ni.Memang sedap rasanya..


Mertabak


Terang bulan


Tamat kisah hari ke 3 Bali..2 more days to go.Selamat malam.



No comments:

Post a Comment