Monday 17 February 2020

DAY 1 BALI - ULUWATU TU SEBIJIK MACAM CLIFF OF MOHER....IRELAND!


Uluwatu Cliff 

My Bali Photo Collections

Alhamdulillah...penerbangan dari KLIA ke Ngurah Rai berjalan dengan lancar.

Sebenarnya,percutian kali ni ...perasaan kami berbaur teruja,was-was..gundah,cuak  dan macam-macam lagi.Sebabnya? Rasa macam inappropriate time to travel..dengan wabak nCovid-19 yang sedang melanda dunia sekarang..kami anak-beranak pulak pegi berjimba! Tapi sebenarnya,kami dah book tiket ke Bali long before the  Wuhan Coronavirus outbreak declared by WHO.

#buathal

Kami fly jam 7.30 pagi.Malindo Air yang kami naik mendarat di Bali tepat jam 10.35 pagi (waktu Bali dan Malaysia adalah SAMA..so,tak perlu betulkan jam anda).Bali ni termasuk dalam Zon Waktu WITA (Waktu Indonesia Tengah)...tak seperti kalau anda ke Bandung atau Jakarta,waktu di sana sejam lewat dari waktu Malaysia.

Tak sampai sejam...kami went through customs and immigration...hassle-free.Munir,the supir still on his way to picking us up..Kata supir,selalunya passengers akan ambik masa more than 1 hour to clear  customs and immigration.Satu yang sangat ketara during our trip to Bali...kami tak jumpa seorang pun Chinese (I mean..from mainland China,not Msia) tourist dalam flight..even kat Bali itself.

Restoren Ayam Bakar Wong Solo





Sebab dah lapar...kami request Munir untuk bawa kami brunch terus.Last meal..McD di KLIA pukul 6 pagi tadi.

Harris Hotel & Residence,Sunset Road,Kuta

Pas tu kami check in hotel.Walaupun,masa check in pukul 2 petang..kami dibenarkan untuk check in seawal jam 1 tengahari..sebab bilik dah ready.


Boleh baca our review on this hotel di previous entry.

Melasti Beach




Destinasi pertama kami...
Sebelum turun ke pantai...Munir pulled over the car...so we can enjoy the views

Ramai buat pre wedding photoshoot
Yang ni...tengah record untuk travel vlog diorang 
View of Melasti Beach dari atas tebing jalan




Angin kuat

Sebelum drive turun ke beach,stop kat Tebing Kembar (Twin Cliffs)




Trivia...asal usul nama Melasti

Nama Melasti diambil dari upacara Melasti yang diamalkan oleh penganut agama Hindu Bali.Melasti adalah ritual penyucian diri dan seumpamanya.







Dalam masyarakat Hindu,sumber air seperti danau dan laut dianggap sebagai asal tirta amerta atau air kehidupan.Jadi,penganutnya  akan datang beramai-ramai ke pantai ini untuk 'menyucikan diri'.... pada hari ke 2 hingga hari ke 4 sebelum tibanya Hari Nyepi

Hari Nyepi tu apa pulak?

Hari Nyepi adalah Tahun Baru Hindu berdasarkan kalendar Saka.
Nyepi tu sepi lah...sunyi,senyap,tak de apa-apa kegiatan.Dalam masa 24 jam..dari 6 pagi sehingga 6 pagi keesokan harinya...semua kena dok diam-diam kat rumah,jangan keluar rumah..tak perlu bekerja (Hari nyepi tu public holiday Bali)..no lighting fires (and lights must be kept low)..no entertainment /pleasures..no traveling...a little or no noise from TVs and radios...no internet!!
Kira betul-betul disconnected dari duniawi lah

Airport Ngurah Rai pun ditutup pada Hari Nyepi..takde penerbangan!
Non-Hindu & tourists pun NOT EXEMPTED ya...kena stay kat hotel..no one is allowed onto the beaches or streets.Ada pengawal yg ditugaskan untuk memastikan everyone follows the prohibition.

This year..upcoming Hari Nyepi will be on 25th-26th March...so,pandai-pandailah..jangan kata kami tak payung.





Pura Luhur,Uluwatu

Pura = temple...Luhur = suci,murni..Ulu = hujung..Watu = batu

Dari Melasti Beach, kami gerak ke Uluwatu pulak.

Kalau nak diikutkan..kami not really keen to visit many temples..maybe satu dua,oklah. Tapi,disebabkan  Kecak Dance ni..is one of  MUST DO attractions /activities in Bali..kami masuk jugalah.

All visitors dimestikan pakai tali pinggang oren atau sarung purple sebelum masuk.Pakailah..sebagai menghormati adat mereka..bukan merubah akidah..inshaa Allah.



Kena panjat beberapa anak tangga sebelum sampai ke puncak tebing



Sebaik saja sampai ke puncak....terus kami menjerit...Wow!Macam Cliff of Moher lah..(teringat our trip there last 2 years.) ..Memang sebijik...tebing-tebing yang mengadap laut..Bezanya,Uluwatu Cliff rises above Indian Ocean..and Cliff of Moher rises above Atlantic Ocean..Both offer spectacular views..

  



Kami tak pegi pun ke Uluwatu temple...tengok dari jauh,atas tebing ni..

Tak nampak pon temple...khabarnya hundreds of steps leading to the temple

The Uluwatu temple sits on top of a steep cliff,70 meter above Indian Ocean.
The temple is surrounded by a small forest,which is a home for hundreds of monkeys

Kecak Dance dijadualkan bermula tepat jam 6 petang..will take place at open stage at Uluwatu Temple.Tiba-tiba pada jam 5 petang,hujan lebat turun mencurah-curah..dengan angin laut yang bertiup kuat,kami semua yang berada di situ..basah lencun!

Di bawah payung rainbow..

Kapel Kuch Kuch Hota Hai..

Kecak Dance dibatalkan atas sebab hujan..dan kami pulang tanpa berkesempatan menyaksikan tarian epik yang popular itu.Itulah 'rezeki' yang telah ditentukan Allah..

Dinner at Nasi Tempong Indra

Mengikut itinerari asal..kami sepatutnya dinner di tepian pantai Jimbaran.Tapi,disebabkan hujan..kita ubah acara,dan kami dibawa untuk dinner awal di Restoren Nasi Tempong Indra.

Nasi tempong adalah kuliner khas dari Banyuwangi..ada pelbagai pilihan lauk set..samada ayam goreng,lele (ikan keli),cumi (sotong) atau udang..




Sambal 

Dia punya signature dish..tentulah sambalnya yang 'menyengat'!Pedas giler weh!Berdesing telinga & bergelodak perut.

Tapi..podeh-podeh pon,sodap!

Balik hotel and rest

Lepas kekenyangan & kepenatan berjalan seharian,kami pulang ke hotel untuk istirehat.
Waiting for the next adventure pula..coming morning.
Selamat malam..


2 comments:

  1. Uluwatu Cliff tu dah macam twelve apostle kat melbourne. hebat

    ReplyDelete
  2. Ya kot.. Tak pernah sanpai.. Tapi macam tempat kat Ireland.. Cliff of Moher

    ReplyDelete