Monday 30 November 2020

MELAKAN VISIT MELAKA - GIRLS' DAY OUT - PART 1



Salam. 

Pada 20 November baru-baru ni,Menteri Kanan Pertahanan,Dato' Sri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri termasuklah Melaka ditamatkan lebih awal iaitu bermula 21 November,2020.Alhamdulillah syukur dapat kembali ke fasa PKPP semula.Merasalah kami di fasa PKPB untuk 12 hari (9-21 November,2020).

Kami still tak dapat balik jumpa parents di KL & Selangor..dan juga adik-beradik.Lembah Klang masih menunujukkan statistik kes Covid-19 baru yang tinggi,tak taulah bila akan ditamatkan PKPB.Jadi 'berkurunglah' kami empat beranak di Melaka (bersama kid #4 & kid #3-sedang cuti semester).2 lagi anak di Penang (PKPB) & Kuantan (PKPP).

Melakan Visit Melaka 2020 Campaign

Recently Chief Minister of Melaka had launched 'Melakan Visit Melaka 2020' campaign to boost local tourism among domestic tourists.It offers 50% discount on 18 tourism products in the state including Melaka River Cruise,Melaka Zoo and Melaka trishaws,to name few.The privileges are for the people of Melaka who hold identity cards with the number 04 or 30 and those who live in the state

So,mama and 2 girls went out to explore Melaka like we used to do when the anak-anak were small.





Ok..so kita start dengan breakfast nasi lemak kat Kedai Makan Mak Minah,Durian Daun...favourite stall for locals.Warung ni terletak betul-betul berhadapan dengan Restoren Lot 85 (kalau google tempat-tempat makan best kat Melaka...mesti pop up Lot 85 ni).

Melaka River Cruise (MRC)



Lepas tu,kami plan nak naik MRC.Last naik masa anak yang sulong masih bersekolah rendah..lebih 10 tahun dah.Normal adult fare for the cruise is RM25..jadi kalau ikutkan 'Melakan Visit Melaka 2020' campaign ni,bolehlah dapat RM12.50 sekepala.Orait sangat tu..

Rupa-rupanya,untuk MRC,diskaun 50% tu cuma applicable untuk hari Isnin- Khamis sahaja.Hari Jumaat- Ahad,masih normal fare!!Apa lah...they expect orang Melaka akan ambik cuti masa weekdays to enjoy this privillage?

Terus spoilt our mood...so,kita strolled along Melaka River je...pas tu jalan-jalan sekitar Melaka Heritage Trail..

Bosan....lama sangat PKP dalam sungai...naik ke darat jap

Kren lama yang digunakan untuk mengangkut barang-barang dari kapal di Sungai Melaka

Kincir Air Kesultanan Melaka



Gambaran sebenar Kincir Air Kesultanan Melaka (Gambar Google)

Kincir air yang pertama dan terbesar di Malaysia.Pembinaanya berdasarkan kepada teknologi Tamadun Islam yang terdapat di Syria dan di Lijang,China.

Bastion Middleburg

Kubu menghadap Sungai Melaka


Satu hari nanti...foto ni akan jadi bukti kat anak cucu macam mana mak bersiar-siar zaman Covid.

Selepas Portugis tumpas di tangan Belanda pada tahun 1641,kerajaan Belanda telah membina kubu-kubu pertahanan tambahan kepada kubu-kubu sedia ada yang didirikan oleh Portugis.Bastion Middleburg adalah 1 dari 9 kubu tambahan yang dibina oleh Belanda.

Hampir keseluruhan telah dimusnahkan oleh Inggeris pada 1807 ketika penakhlukan.Jabatan Warisan Negara telah membina semula kubu dari struktur asal berpandukan dokumen sejarah.Kerja-kerja penggalian dijalankan untuk mengenalpasti lokasi asal dinding kubu.

Kota A Famosa

Yg bermakna 'Yang Termasyhur".Kota ni dibina sebaik sahaja Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan dari orang Melayu.

Sejarah bahan binaan kota ini adalah daripada masjid dan kubur orang Melayu.Betul ke?

Dakwaan ini dibuktikan dengan penemuan surat Giovanni da Empoli kepada bapanya yang menyaksikan peristiwa ini sepanjang tempoh 6 bulan beliau berada di Melaka.Giovanni adalah pedagang dari Lisbon yang mengikuti angkatan laut Alfonso de Albuquerque mengembara ke Asia Tenggara.

 


 


Otw ke Istana Kesultanan Melaka,boleh nampak dereten muzium-muzium seperti Muzium Islam Melaka,Muzium Setem,Muzium Umno,Muzium Layang-layang dan Muzium Dunia Melayu Dunia Islam

Muzium UMNO Melaka

Muzium Dunia Melayu Dunia Islam

Malacca Sultanate Palace 


Istana Kesultanan Melaka adalah replika kayu istana Sultan Mansur Shah pada kurun ke 15.Istana asal merupakan bangunan 7 tingkat yang dibina tanpa sebarang paku.

Beli tiket kat kaunter guard ni.Harga tiket dewasa RM5 je (kanak-kanak RM2).Tapi hari tu ada promotion.Dapat lah RM3 untuk tiket dewasa 

Ada taman berhadapan istana




Jom jengok ke dalam muzium..


Pelan lantai..ada 2 tingkat beserta loteng di mana terletak bilik harta karun

Parameswara menyaksikan seekor pelanduk putih gi flying kick  anjing perburuannya 
Dia impressed & plan nak buka negeri kat situ.Nama Melaka diambil dari nama pohon pokok Melaka yang dia bersandar tu


Hukuman kepada penjenayah


Balairong Seri

Yang sederet berbusana seragam..geng pak menteri
Yg terlentok tu pasaipa?


Arca Hang Tuah 


Pertarungan antara 2 lejen - Hang Tuah & Hang Jebat

Oklah,cukup sampai di sini..lawatan sambil belajar hari ni.





Insha Allah..kita explore lagi Melaka..hu hu.. Assalamualaikkum wbt.

 





















Sunday 18 October 2020

IMPERIAL SEAVIEW JAZZ SUITE,PENANG

View dari bilik hotel


Kami fly lagi ke Penang...kunjungan ketiga pada tahun ni,untuk jenguk anak sulong kat sana.Bezanya kali ni kami naik dari KLIA2 dan bukan dari Melaka International Airport,Batu Berendam.Airport Melaka masih tutup sejak PKP..tak tau lah bila akan kembali beroperasi.

Pada 8 Oktober,sehari sebelum kami fly...cuma ada 1 kes positif Covid 19 di Penang.Selepas kami pulang ke Melaka..tiba-tiba kes melonjak,semuanya dari penjara reman kat sana.Allahu

Kunjungan kali ni singkat je..2 hari 1 malam.Kami fly pada hari Jumaat.  dan balik Melaka keesokan harinya.Melaka cuti Jumaat tu..Hari Jadi TYT Melaka.Kami bawak anak bongsu sekali..dia baru dapat pelepasan balik bermalam setelah 1 bulan lebih 'dikuarantin tak rasmi' di asrama...ha ha

Suasana di airport agak sepi & lengang..sebab hanya domestic flight dibenarkan berlepas.Kedai-kedai pun mostly tutup..ada yang tutup for good...tak dapat survive this pandemic Covid 19.

Breakfast kat Marry Brown..


Kami terserempak dengan 'rakan seperjuangan' in tyvex coveralls (pakaian serba putih ala angkasawan yang dipakai frontliners).All the best & semoga Allah melindungi kamu semua.

Kat Penang Airport,kami dijemput oleh Dr Tajul..kawan kat U di India..30 tahun dulu.Tq Jul,tolong hantar kami ke rumah anak...brief chatting dalam kereta je.Next time,kalau ada rezeki,kita sembang lebih ..makan-makan ke.Insya Allah.


Bang Bil join kami for lunch.Disebabkan dia ada online class ,kami cuma lunch kat 1 of retaurants kat belakang Hospital Pulau Pinang.Favourite spot dia lah tu.

Port makan staff hospital Penang


Lepas lunch,kami hantar Bang Bil balik ke apartmentnya & kami bawak kereta dia.. menuju ke Jazz Suite Hotel yang kami book.Disebabkan masih awal untuk check in,kami masuk ke Tesco Seri Tanjung Pinang dulu.

Tesco Seri Tanjung Pinang...350m dari hotel,jalan kaki je
(Gambar Google)


Pas tu,kami check in..

Jazz Suite Hotel 

 

Dari depan

 


Lobby



       

Kedai serbaneka kat ground floor,
sebelah hotel 


Dobi layan diri,sebelah Happy Mart

Jom tinjau keadaan bilik..

 

Spacious living room with seaview
 (Gambar Google)

 

Kitchen stove & hood with built in oven,
Microwave too(Gambar Google)

 


Bath tub & shower in master bathroom
(Gambar Google)


Seaview from living room & 2 bedrooms


 

Another bathroom 





 

After online class,Bang Bil naik grab & joined us..
Kita buat mini belated birthday celebration..for him

Beli kat Tesco tadi






Tak cukup korum...2 lagi adik kat Kuantan & Gambang tak dapat join..




Dinner di Nurul Ikan Bakar

Kami plan nak makan seafood untuk dinner.Didn't mean to be disrespectful to Penang famous food like Nasi Kandar,laksa or rojak pesembur..we just want to try something different during this trip...So,off we went to kawasan kedai-kedai makan ikan bakar di Bayan Lepas...15 km dari hotel.Ada banyaaak kedai makan rupa-rupanya.Kami pilih Nurul Ikan Bakar (ada 1 lagi kedai yang sama di Kedah).

Gambar Google

Oklah...kedai sangat bersih,luas dan selesa.Free ample parking available kat luar kedai.Bezanya dengan ikan bakar Melaka (sorry we cudn't help to compare)...kita tak boleh pilih seafood tu..dia cuma tanya saiz ..nak kecik,besar or medium??

It turned out siakap medium sangatlah besar...& sotong besar pulak kecikkk cinonet

Tapi masakannya memang sedap.Tak rugi datang ke sini.

Day 2-Breakfast di Nazzeera's Kacang Phool

Keesokan pagi,kami breakfast kat Nazzeera's Kacang Phool Penang.Cafe ni dekat je dengan hotel,dalam 850 meter.Kali kedua kami datang ke sini.Memang kalau diikutkan hati..kami nak repeat makan roti canai banjir (Gemas Road atau Transfer Road) .Tak pun gi  Astaka Taman Tun Sardon sebab kat sana ada macam-macam.Tapi,untuk trip kali ni,better kita elakkan tempat yang touristy dan sesak.

Nazzeera's Kacang Phool ni terletak kat Kompleks Desiran Tanjung
food court yang nyaman dan aman damai...tak ramai orang especially kalau gi awal pagi.




Rotinya homemade,memang sedap.

Anak-anak makan nasi goreng kedai sebelah..sedap!

Few reviews cakap service dia slow...ha ha..pada kami pekerjanya (esp the lady boss) memang santai-santai sambil layan customer bersembang.Bukan style mamak yang memang segala-galanya pantas,berdesup ambik order & serve.Jadi,if you're not in hurry...tempat ni memang most suitable for you.

Pas ni balik hotel...lepak-lepak sambil layan Neflix..wifi pun laju,so anak-anak suka.Trip ni memang bukan untuk berjalan-jalan ...lebih pada memanfaatkan masa yang singkat bersama anak sulong.

Jam 12,kami check out & terus gerak ke arah airport.Bang Bil kata nak bawa kami makan kat restoren berdekatan USM.Kami dah tak nak menggoogle tempat-tempat wajib makan kat satu-satu tempat.Most of the times ,the places suggested are overhyped & overrated.The best thing to do..ask locals!

Malangnya,tempat yang Bang Bil suggested tu..tutup pulak.Takde rezeki.

So,singgah kejap kat Jeruk Madu Pak Ali otw to airport.

Kedai ni lebih selesa berbanding yang kat Chowrasta Market tu.


Last-last kami lunch kat Restoren Kapitan,Queensbay.

Signature dish - Chicken Milani...macam ayam percik tapi perisa kari & yogurt

Naan with Chicken Milani

Rice with Chicken Milani


Pas lunch...jalan-jalan jap kat Queensbay Mall opposite Restoren Kapitan ni..sebab flight lambat lagi.

Adik bongsu mintak corndog


Lastly...Bang Bil hantar kami bertiga ke airport..Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.Walaupun singkat,dapat jenguk anak... lega juga rasa hati ni.

Insya Allah..jumpa lagi.Semoga dipermudahkan urusan kita semua dalam menjalani kehidupan di tengah pandemik Covid 19.Amin Ya Rabbal Alaminnn.