Monday 21 October 2019

CORETAN DHUYUFURRAHMAN (5 ZULKAEDAH - 21 ZULHIJJAH,1440H) - MASYAIR

Bermabit di Muzdalifah

Sedar tak sedar...akhirnya hari yang ditunggu dah tiba..bermulalah kemuncak ibadah...kerja haji yang sebenar.Cepat betul masa berlalu..

Sejak hari 1st kami sampai kat Mekah..memang sentiasa ada reminder (dari TH or kalangan jemaah sendiri)..berkenaan countdown to Wukuf Day.Dia punya excitement lain maciammm...mengatasi countdown Hari Merdeka or New Year celebration.

Roomates saya n wife's..we are ready!

ARAFAH - WUKUF & RIBUT PASIR

Hari ini 8 Zulhijjah,1440H (bersamaan 9 Ogos,2019)..hari Jumaat yang mulia..bermulalah pergerakan besar-besaran jemaah dari seluruh dunia..menuju ke Arafah.

30,200 jemaah... 22 bas!

Jemaah Malaysia sejumlah 30,200 orang akan dibawa ke Arafah menaiki 22 bas...pergerakan bermula seawal 5.30 pagi.Di sinilah bermulanya cabaran mental & emosi..

Beratur untuk masuk ke dalam bas..mengikut no bas yg dah ditetapkan

Menunggu giliran

Bayangkan macam mana 22 bas nak angkut jemaah 30,000 plus to n fro dari Mekah ke Arafah?Kami telah dimaklumkan awal-awal oleh TH,untuk menyegerakan urusan...dalam setiap bas,akan dimasukkan 60 orang jemaah ( ada 49 seats..yg bakinya kena berdiri).Paling penting,kesemua jemaah perlu tiba ke Arafah sebelum masuk waktu solat Jumaat bagi mengelakkan kesesakan trafik.Bear in mind..kat sini,kalau solat Jumaat..jemaah dah mula masuk masjid 2-3 jam awal,bukan macam kat Malaysia..

Peta khemah di Arafah - 6 khemah untuk jemaah wanita,4 untuk jemaah lelaki & 1 petugas TH

Keadaan khemah wanita


Khemah lelaki
Makanan untuk kesemua  jemaah di Arafah,Musdalifah & Mina disediakan oleh caterer Arab Saudi


Nasi lemak warna kuning!



 Ribut pasir!

Peristiwa yang tak dapat dilupakan..bila datangnya ujian ribut pasir ketika di Arafah..berlangsung selama 2 jam...jemaah dinasihatkan berlindung di dalam khemah,solat,zikir dan berdoa.Masa tu jugak..power shutdown terpaksa dilaksanakan bagi tujuan keselamatan.

Gambar sekitar khemah...sebelum ribut melanda..










MUZDALIFAH - kemuncak kesabaran

Lewat senja sebelum maghrib...jemaah bergerak secara berkumpulan menaiki bas...untuk bermabit di Muzdalifah.Jemaah diangkut menggunakan hanya 14 buah bas...setiap bas memuatkan penumpang seramai 70 orang..memang macam sardin cap Ayam lah.

Walaupun jarak Muzdalifah dari Arafah hanya 8 km...tapi terasa sangat lama...kerana traffic sesak...bas pun bergerak slow dek kerana terlebih muatan

Kami sampai di Muzdalifah jam 8.30 malam

Banyakkan bersabar & beristigfar

Seakan padang masyhar...menunggu untuk dihitung amal

Waktu ni kebanyakannya dah kurang sabar..sebab letih



Di Muzdalifah, ada toilet 2 tingkat ..yang sangat selesa...mula beroperasi sejak tahun 2016.Ambillah peluang untuk mandi dan membersihkan diri (sebab di Arafah,sebahagian besar jemaah tak berpeluang mandi...dan di Mina nanti ,cabaran menggunakan toilet lebih besar)
Tips - mandi kat aras atas..bawah agak ramai.Takde long queue di sini...maybe masih ramai yang tak tahu..atau pun terlalu letih..


MINA - KISAH SESAT................& BANJIR


Khemah di Mina..lebih kecil & padat

Khemahmate

Day 1-sesat!


Kami meninggalkan Muzdalifah jam 2 pagi..dan tiba di Mina dalam jam 3 pagi.Selepas menunaikan solat subuh,kami bergerak untuk melontar....seterusnya balik ke Mekah.Ini adalah kerana,saya ingin membantu isteri untuk menyempurnakan tawaf sebelum beliau terhalang kerana keuzuran berhadas.

Memang kalau ikut jadual....jemaah Malaysia akan melontar selepas waktu maghrib...jemaah kita disarankan untuk berehat di waktu siang dan beri laluan kepada jemaah-jemaah dari negara lain pergi melontar

Alhamdulillah..selesai melontar & bertahalul awal

Jalan kaki ramai-ramai (Mina-Mekah dalam 7 km)
Selesai tawaf & lunch (Safa Tower)

Alhamdulillah...dah bercukur


Setelah berehat sebentar di bilik hotel,kami pulang semula ke Mina...untuk bermabit.


Pelangi petang...



Take away Al-Baik...nugget jer..ayam takda


Hari ni we broke the record...jalan kaki dalam 30 km..lebih dari 40,000 langkah!

Berjalan dari khemah Mina ke jamrah untuk melontar...
Menapak ke Mekah...naik teksi jap (250 SAR/teksi,share 4 orang...mula-mula dia caj 400 SAR)...melompat naik bas free...
Tawaf (sae'i tak buat..sebab penat)....berjalan balik ke hotel...tidur & rehat
Jam 4.40 petang naik teksi ke Mina...hop on free shuttle...jalan lagi ke arah jamrat
Tersasar jauh sampai ke slaughter house...patah balik..baru jumpa khemah kat Mina
Rasa nak tercabut kaki...Alhamdulillah...bila dikenang balik...'sweet adventure' ni,tak tau lah dari mana datangnya kekuatan itu.Allah permudahkan semuanya..

Day 2-sesat lagi...dan banjir


 
Ada travellator untuk memudahkan jemaah...tapi di on kan hanya pada hari ke 2 melontar...tu pon tak semua travellator

Selesai melontar..Alhamdulillah



Hari ke 2 di Mina...selesai melontar di 3 jamrah (untuk jemaah Malaysia..kita diperuntukkan tempat melontar di 3rd floor)...kami turun melalui escalator ke ground floor (funny..sbb ada escalator turun je..takde escalator naik).

Turun dan berjalan mengikut signage ke Mekah..

Sampai di ground floor...kawasan luas..banyak kedai-kedai.
Minum nescaffe cicah biskut kat tepi jalan (kedai-kedai kat Arab mostly untuk takeaways... takde kerusi meja untuk duduk makan)
Di sini ada toilet besar...senang dan selesa...ambil kesempatan untuk manfaatkan kemudahan ini...
sebab di khemah Mina,beratur sejam pun belum tentu dapat 'membuang'...nak mandi,jauh sekali.

Tumpang jap..



Hari ni kami sesat lagi...ikutkan je kaki melangkah...tengok-tengok tak masuk terowong pun...tersasar ke khemah jemaah-jemaah nigeria,USA dsb

Konpiden je ikut jemaah Indonesia.Memang lazimnya,khemah jemaah Indonesia ditempatkan bersebelahan khemah jemaah Malaysia.Tapi jemaah Indonesia tu je..ada berapa ribu / juta kan?Ada sebahagiannya ditempatkan jauh dan berasingan..

Delusion..pulak...sekilas nampak macam bendera Malaysia..tu yg follow diorang..kan dah sesat!
Nak tanya polis-polis bantuan..diorang tak boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris / Melayu (kalau tuan-tuan kedai memnglah fasih berbahasa Melayu)

Tips;untuk elakkan sesat...

1.Dapatkan peta khemah if possible.
2.Naik semula ke jamrah & balik ikut signage Mina /terowong Muassin


Maybe boleh naik ke jamrat ikut sini kot?Emmmm


No entry pulak..



Dalam jam 2.30-3.30 petang,banjir kilat melanda Mina...selipar-selipar dan kasut-kasut jemaah yang diletakkan di luar khemah dihanyutkan air

Misi menyelamatkan selipar & kasut



Ada khemah yang bocor...wife saya,ruang atap khemah bocor betul-betul di atas kepalanya...wife minta saya carikan kotak-kotak untuk beliau alas semasa tidur malam...kerana air meresap dari lantai khemah.
Apa yg penting...kerjasama!
Bekalan letrik diputuskan bagi mengelakkan jemaah mendapat renjatan elektrik.

Day 3 - Menyantuni dhuyufurrahman

Hari ni,hari terakhir di Mina..kami telah ditetapkan oleh TH untuk nafar awal

(Nafar Awal ialah beredar meninggalkan Mina lebih awal iaitu bermalam hanya 2 malam dan melontar hanya 2 hari iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah.Jumlah lontaran adalah 42 biji batu
Nafar Thani ialah bermalam 3 malam dan melontar 3 hari.Jumlah lontaran adalah 63 biji batu
Nafar Awal TIDAK menjejaskan kemabruran haji)

Kami keluar khemah awal...plan nak solat Suboh otw ke jamrah.

Kat dalam terowong..polis memang tidak akan membenarkan jemaah berhenti walau apa alasan sekali pun..sakit kaki,lenguh ke..takde sebijik bangku untuk rehat-rehat..maklumlah,mereka ni kena control 'aliran trafik' manusia dari seluruh dunia..kalau ada yang berhenti...flow akan terganggu.


Besar jasa diorang ni.

Tapi terpaksa jugakla berhenti untuk solat subuh..sebelum melontar.

Ditakdirkan Allah..saya terserempak dengan seorang jemaah wanita yang tiba-tiba passed out..mungkin sesak nafas kerana overcrowding..dan hypo..tak cukup tenaga..kerana tidak makan /minum secukupnya.
Saya lihat dah ada sekumpulan paramedics menghulurkan bantuan...saya berhenti untuk menolong apa yang patut.









Alhamdulillah..Allah telah permudahkan Masyair kami..dan memberikan kekuatan kepada kami untuk mengharungi sedikit ujian..

Kembali ke Mekah..







































No comments:

Post a Comment