Monday 25 June 2018

SANTAI SYAWAL 1439H - HAPPY PARADISE,JANDA BAIK #AIRBNB




Eid Mubarak...May the Guidance and Blessings of Allah Be With All of Us..

Tahun ni,kami tried something different during Hari Raya holiday.We took a short trip to Bentong for a family getaway.

I know..it is a fad nowadays that more Malaysians go for family vacations during raya instead of balik kampung exodus.
No...we DID NOT trade in balik-kampung,rendang and ketupat and skip town for vacation spots.Kami dah pun berhari-raya di kedua-dua belah kampung di Batu Pahat & Semenyih,menziarahi sanak saudara terdekat sebelum bercuti di Bentong.Lagipun,raya kan sebulan...ada banyak masa lagi..inshaa Allah.

Kenapa bercuti di Janda Baik?Salah satu sebabnya.... .. it doesn't require us to drive too far off KL (kami dari Semenyih...).Memang dah mentally prepared...ada kemungkinan kami akan terperangkap dalam  massive traffic jam.Alhamdulillah..segala perancangan kami dipermudahkan ...the traffic flow was smooth on that day..
Happy Paradise,Janda Baik
So here we were... pada Syawal ke-4...tiba di Happy Paradise,Janda Baik.(Trip kami yang terdahulu...4 tahun lepas...agak lama jugakla tak ke sini..you may read our experiance at Zaini Guest House here.)

Happy Paradise ni cuma 5.8 km dari pintu gerbang putih Janda Baik (the entrance-famous landmark).Drive terus je,jangan belok-belok...Happy Paradise is on the left.U may browse n book this place via booking or airbnb here , here or here

Beautiful garden

Kawasan sekitar yang hijau...dan penuh dengan buah-buahan (boleh petik...untuk rasa sekadarnya ya?) dan bunga-bungaan




Ada pelbagai jenis penginapan di sini-bungalow (kami book 1 bilik di sini),chalets atau berglamping (glamour camping) di Mongolian Yurt.

Bungalow (waktu malam)

Bilik kami - bersebelahan ruang makan.



Pro;1) Bilik luas.Ada 2 king beds & 1 extra mattress.
       2) Free wifi...laju..tu yang anak-anak sangat suka
       3) Aircond-actually u don't really need it as Janda Baik sangat dingin terutamanya waktu malam
       4) Flat screened TV
       5) Breakfast included-nasi lemak,mihun goreng,roti bakar,cekodok & kuih raya.Yummy!

Cons 1) No minibar / kettle - hot / cold water boleh dapatkan di dewan makan secara percuma

Browsing menu..

Ada sudut bacaan bersebelahan dewan makan

Aktiviti petang..berendam di swimming pool.Sejuk...sebab air sungai




Malamnya,kami dinner di satu-satunya warung makan (dalam kampung ) yang dibuka-maklumlah kedai-kedai lain masih tutup sempena Hari Raya.Sebenarnya,kita boleh order makanan goreng-goreng atau western food di dewan makan Happy Paradise (servis tutup pukul 10 malam).Harganya sangat reasonable.

Esoknya...melawat mini zoo yang dijaga dengan rapi dan bersih.





Friendly Taki

Try aktiviti berkuda.RM15 untuk 2 pusingan.





Sekitar Happy Paradise..



Anak sungai dan jambatan kecil..




Antara chalets yang boleh disewa




Mongolian Yurt untuk yang gemarkan glamping.Ada shared bathroom berdekatan.
Ada tilam dan portable air cond di dalamnya

Pilih mana yang berkenan...I mean khemahnya..he he


Mini swan lake





It's really relaxing & fun here at Happy Paradise.Tempat ni cantik,family friendly dan ada macam-macam aktiviti (oh ya,ada fish spa & kemudahan berbbq juga).We were glad to discover such a hidden gem at Janda Baik....inshaa Allah kami akan datang lagi,jika ada rezeki.

XPDC diteruskan...














4 comments:

  1. assalamualaikum cik/puan,
    ada tak contact person yang boleh dihubungi utk tempah kat sini?
    kalau ada, boleh sy dapatkan x..t.kasih(^_^)

    ReplyDelete
  2. Wassalam...saya ada share link booking dan airbnb dalam entri di atas.Bole contact melalui sana

    ReplyDelete
  3. Sungai berhampiran happy paradise tu bersih tak? boleh untuk bermandi manda dengan anak-anak kecil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kawasan Happy Paradise tu sendiri ada swimming pool yang mana dialirkan ke dalamnya air sungai yang bersih dan sejuk.
      Ya,berhampiran Happy Paradise ada sungai untuk anak-anak kecil mandi-manda (merujuk kepada 2 gambar pertama di entri ini)

      Delete