Monday 30 October 2017

BANDUNG-DAY 1-PART 2-DUSUN BAMBU->KAMPUNG DAUN

Sambungan dari Day 1 Part 1

Kami hanya mengambil masa sejam untuk solat dan freshen up.Bersemangat ni nak explore Lembang.Destinasi seterusnya..

2.45 PM-DUSUN BAMBU



Waktu operasi    1000-2200 (daily)
Tiket                  Rp 15,000/pax .We paid Rp 25 000/pax
Parking kereta   Rp 10,000

Berkonsepkan eco-friendly,Dusun Bambu ni sangat luas kawasannya.Dari tempat pembayaran tiket,kita kena menaiki kenderaan yang dipanggil warawiri ni..untuk sampai ke atas

Warawiri..
Kami saja dalam ni

Landmark Dusun Bambu

Kat mana-mana ada bamboo
Terdapat pelbagai spot menjual makanan, restoran-restoran yang unik,villa dan glamping dan taman-taman terbuka.Harga makanan kat sini....tak terjangkau poket (mahal...maklumlah,tempat ekslusif).

Cafe Burangang
Tangga menuruni Cafe Burangrang

Pondok-pondok di belakang adalah restoren Saung Purbasari yang berkonsepkan Masakan Sunda 

Jadi kami foto-fotoan ajah...untuk diunggah ke sosmed (Terjemahan Bahasa Melayu-untuk di upload ke sosial media..kui kui ).




Selain Cafe Burangrang...ada Saung Purbasari (Masakan Sunda)







Nak makan di sini,kena bayar 'pajak' (sewa)




Skywalk-di kiri kanan adalah Lutung Kesarung

Lutung Kesarung (restoren sarang burung).Credit to iradiofm.com
Ada tempat mainan untuk anak-anak kecil...The Labyrinth.Different fee for entrance ya?


Hampir 1 jam 30 minit juga kami kat dalam ni.Tapi,tak dapat nak explore semua kawasan sebab hujan dah semakin lebat.Perut pun dah lapar balik...Jadi,early dinner malam ni

5.15 PM-DINNER DI RESTOREN KG DAUN 

Masa kami sampai di Kg Daun,hari dah hampir gelap.Maklumlah,di sini pukul 5.30 pm...dah masuk maghrib.


Ni lah dia suasana di Kg Daun.A very nice ambience...like having a restaurant in a jungle..with a stream and waterfalls,it was really cosy.(tapi air terjun sebelah pondok kami..banyak sampah...spoiled betul!)




Makanan di sini berkonsepkan Sunda.Specialities kat sini Nasi Timbel Komplit dan Nasi Bakar Perahyangan.Kami order kedua-duanya disamping nasi kukus ayam kampung.



So,our verdict?Sedap ...tapi,we can get equally nice dish at lower price elsewhere.Memang makanan kat sini agak pricey sikit.I guess you paid for the ambience.Tapi,bolehlah dicuba oleh 1st timer ke Bandung.Namun,untuk repeat makan di sini,mungkin tidak..

Siap ada unggun api..




Babai Kg Daun

Selesai dinner,kami pulang ke Lembang Asri Resort untuk bermalam.

Kesian supir kami...Mas Jaka...dia tidur dalam kereta di perkarangan hotel selama 3 malam kami di Lembang.Sebabnya,tak berbaloi nak drive back to Bandung-dari segi masa dan kos minyak kereta.
Memang ni lah pengalaman pertama dia dapat pelancong yang bermalam di Lembang.Mungkin supir lain tak sanggup terima..(Kami sudah brief dia berkenaan plan bermalam di Lembang semasa kami di Malaysia lagi dan dia setuju).

Malam di dalam bilik hotel sangat sejuk.(hotel memang tak da aircond).Maklumlah,Lembang Asri Resort ni terletak di Gunung Tangkuban Perahu.Tidurlah kami dengan nyenyak setelah penat berjalan seharian


BANDUNG-DAY 1-PART 1-ARRIVAL->FARM HOUSE->FLOATING MARKET->HOTEL

8.20 AM-AIRPOT
Alhamdulillah,our plane had safely landed at Husein Sastranegara International Airport at 0820 local time.Perjalanan lancar walau pun ada 2 kali gangguan turbulance semasa penerbangan.Kami tak order apa-apa in flight meals memandangkan tempoh penerbangan yang singkat.Lagi pun,dah kenyang makan McD di KLIA2 sebelum berlepas.


Ketibaan kami disambut oleh supir Zaka Ria Keke atau lebih mesra dipanggil Mas Jaka.True enough,macam yang dipamerkan di FBnya,Mas Jaka ni seorang yang friendly dan mempunyai penampilan yang kemas.Beliau terus membawa kami ke kereta yang kami tempah,Suzuki 7 seaters.

Mas Jaka si supir dengan keretanya

9.10 AM-KAMPIUN BISTRO
Beli sim card di jalanan.Jangan tiru macam kami...baik beli kat authorized dealer kat airport.....rasanya macam kena ketuk je

Menurut Mas Jaka,kami ada masa yang panjang,ngak perlu ribut-ributin...silahkan minum-minum dulu.Langsung dibawanya kami ke bistro ini (eh eh...terus nada Indon ni dah kenapa?)
Sebenarnya,kami taklah terlalu lapar sebab dah makan di KLIA2 Airport sebelum fly.Tak pe lah,apa kata kita basahkan tekak dulu...dan amik light breakfast jer.

Ni lah cafe nya.

Bila tengok menu yang dibawa pelayan...mak aiii!!Terkujat kejap...mahal giler weh.Ni betul-betul mencekik darah ni.....

Muka kelat..tak puas hati

Last2,kami order mineral water  dan roti bakar je lah..

Setelah selesai mengalas perut,kami bergerak ke arah Lembang,16 km dari Bandung City.Lembang ni sebenarnya sebuah daerah yang terletak di Wilayah Bandung Barat.Lembang lebih sejuk berbanding bandar Bandung sebab ia terletak pada ketinggian 1,312-2,084 meter di atas permukaan laut,It is actually the perfect place to enjoy cool air.(macam Cameron Highland lah,tapi chiller..)Biasanya,wisatawan (pelancong) Malaysia datang ke Lembang as day trip,kan?Tapi,kami plan nak bermalam di sini selama 3 malam!Adakah misi kami berjaya?Ha ha ha...

Entrance masuk yang kami bayar berbeza dengan yang tertera di website.So,kami assume ni harga untuk foreigner ya...

Sila rujuk SINI untuk semak harga tiket masuk tempat-tempat lawatan di Bandung 2017

10.20AM-FARM HOUSE SUSU LEMBANG



Waktu operasi    0900-2100 (weekdays)
                           0900-2300 (weekends)
Tiket                   Rp 20 000/pax.We paid Rp 25,000/pax (setiap tiket boleh tebus susu murni                                                         pelbaga perisa atau sosej goreng)
Parking kereta   Rp 10,000

Taman hiburan dengan ciri-ciri Eropah...sangat cantik!




Tak dapat jumpa Hobbit House di NZ...tetiba ada di Bandung



Terjumpa gadis-gadis berpakaian ala-ala Dutch...teringat pulak susu cap junjung..he he

Ingatkan staff Farm House...rupanya pelancong local
Kostum ni boleh disewa dengan harga Rp75,000/set.Kami baru tau kemudian


Boleh bagi makan domba (kambing biri-biri)...


Awas...dikejarin domba!

Dan kelinci (arnab)...how cute!



Binatang exotic pun ada..



Terasa macam kat overseas...walau pun semua muka Melayu jer..




Masa untuk redeem tiket masuk dengan susu (asli /coklat /strawberry)



Maaf tak de jual karipap kat sini...Eropah la katakan..

Kalau weekend,mesti lagi sesak ni..











Setelah puas explore Farm House...kami ke destinasi seterusnya...

11.45 AM-FLOATING MARKET LEMBANG


Wajib amik gamba kat spot ni..

Waktu operasi    0900-1900 (Isnin-Khamis)
                           0900-2000 (Jumaat-Ahad)
Tiket                   Rp 15 000.We paid Rp 20,000/pax (setiap tiket boleh tebus minuman panas / cold                                            soft drinks)
Parking kereta    Rp 10,000

Gerbang masuk
Cuaca baik..


Luas kawasan 
Tenang dan damai...berlatar belakangkan pergunungan...dibina tasik buatan.Kreatif orang Indonesia ni..






Rainbow Garden


Jambatan gantung untuk budak-budak kecik


Dalam ni ada macam-macam tempat untuk beraktivitas...sediakan duit je..Setiap attraction tu dalam Rp 20-25 000 kecuali bersampan Rp 70 000/4 orang &berkayak Rp 20 000/ 2 orang.

Ni macam pasar terapung di Thailand  dan Vietnam.Bezanya,perahu-perahu tu ditambat,peniaga-peniaga menyediakan masakan dalam perahu tu...







Untuk membeli jajanan yang dijual di sampan-sampan tu,kita kena gunakan token.Token tu boleh dibeli di mana-mana kaunter cashier,Cuma,jangan berlebih-lebihan membeli token,sebab kalau tak habis guna,duit memang tak akan di refund.

Antara menu yang dicobain..

Batagor Bandung Mantap
Sate kambing
Tauhu Bulat

Kami juga ada beli mee dan kue tiaw goreng...dan spiral fried potatoes.Lupa snap gambar sebab kat Malaysia pun ada.Cuma,jangan expect rasanya sama macam kat tanahair..

Ikutkan itinerary,kami sepatutnya lunch di d' Seuhah Da Lada (DSDL)...tapi tak jadilah sebab dah kenyang makan macam-macam di Floating Market.Jadi,kami nak check in hotel dulu...solat dan simpan beg-beg.

1.45 PM-CHECK IN LEMBANG ASRI RESORT

Kami check into Junior Suite Bedroom.Hotel ni kami book sekali dengan flight via AirAsiaGo.Inshaa Allah,kami akan kongsikan review berkenaan hotel ni nanti.


Tak habis lagi Day 1 punya story.To be continued...Day 1 Part 2