Wednesday 1 February 2017

DAY 7;8 Dec-DENMARK TO ALBANY-Part 2


Assalamualaikum wbt...bersua kembali.Bulan pertama tahun 2017 dah pun berlalu...dan dah sebulan lebih pulang dari West Australia.Moga Allah memberikan kekuatan,agar dapat menghabiskan coretan saki-baki pengembaraan kami di sana.Inshaa Allah.




Tepat jam2.45 petang,kami meninggalkan Albany Wind Farm,menuju ke Torndirrup National Park.Torndirrup Dari Albany Wind Farm,jaraknya cuma 18km....melalui Sand Patch Road dan menuju ke Frenchman Bay Road.

National Park has many impressive rock formations including The Gap,Natural Bridge& The Blowholes.Tapi,kami tak berkesempatan tengok Blowholes.

Dari jauh,menuju ke parking lot...dah nampak!
Signage pun jelas..


Tak crowded masa kami sampai
Spacious parking lot..



Tak pasti macam mana nak bayar...tengok kiri kanan....takde orang guna pun
Sayup-sayup dari jauh..

Khabarnya dibuka semula pada April 2016 after renovation
Syukur ada rezeki kami..

Sebelah-menyebelah je

Angin kuat...ombak ganas..tak sesuai untuk yang gayat ya?

More photos on Western Australia from me : https://www.shutterstock.com/cs/g/casa+nayafana

The Gap

Ni lah Natural Bridge...batu granites yang terbentuk dari hakisan air laut berjuta-juta tahun dulu...
membentuk natural stony arch 

Jam 4.00 petang,kami selesai menikmati pemandangan yang mempersonakan di Torndirrup National Park.Selesailah acara lawatan hari ni.Terus kami bergerak ke campsite seterusnya.


4.40 petang,kami sampai ke Big4 Emu Beach Holiday Park, Albany.Alhamdulillah,seperti reviews yang kami baca,this campsite memang tak menghampakan.

Terletak cuma 10 mins drive dari bandar Albany,campsite ni memang senang dicari...tepi jalan je.Walaupun dekat dengan jalan,suasana damai je...tanpa bunyi hiruk pikuk kenderaan..


The entrance

Redup....cantik tersusun
Ada kabins...hostel...& caravan parks

The cafe
Very kids friendly
Our ensuitte campsite....(bilik air sendiri)
Bilik air modern & bersih

Oleh kerana kami lunch awal tadi,kami bercadang nak dinner kat luar.Kami setkan GPS ke Istanbul Kebabs & Turkish Bakery (8.3 km dari campsite).Kami tau berkenaan kedai halal ni dari blog Umiyumi ..



Senang je nak cari...kedai ni warna merah...dapat jugak parking our motorhome kat tengah-tengah Albany

Tak sabar nampaknya/..

Clockwise....kebabs..gozleme...tak ingat??? ...and burger
Dah kenyang...jom balik ke kem
Kedai buku ni dah tutup
Kami pulang semula ke campsite.Kami tangguhkan niat untuk round-round bandar Albany hari esoknya,since most kedai dah tutup.



Aktiviti di kem...cuma bersantai-santai sahaja.Oh ya,Emu Beach Holiday Park ni dekat sangat dengan pantai...walking distance...




End of the session with Beautiful Sunset at Emu Albany Beach.....Gorgeous.

Alhamdulillah.....


No comments:

Post a Comment