Tuesday 27 December 2016

DAY 4:5th Dec-Bunbury-Busselton Jetty-Cape Light House-Yallingup


Alhamdulillah...Bertemu kembali..

Malam tadi kami tidur dengan nyenyak sekali di campsite pertama kami iaitu Burns Beach Sunset Village..selepas perjalanan yang panjang dan meletihkan.

Pagi ni,cuma bersarapan maggie kari...kat outdoor bench sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa...



Sebelum tu meh tengok gambar gambar sunrise at Burn Beach Sunset Village...




Kami checked out jam 7.45 pagi. Took few snaps around the campsite..






 



Hari ni bermulalah pengembaraan kami ke Selatan West Australia.Kalau ikutkan reseach dan reviews yang kami buat,roadtrip to South WA adalah yang paling menarik..Jarak perjalanan dari Burns Beach Sunset Village ke bandar Bunbury adalah 203 km,mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit.

Estimated Distance and time---Total Distance~319km
Burn Beach ke Bunburry-205km...2!/2hour
Bunburry-Bussleton~54km~45min....
Bussleton to Light House~38km~37min
Cape naturaliste LH to yallingup (22km)-30min

Cuaca terik tetapi berangin.

Perjalanan melalui Mitchell Fwy / State Route 2
Tepat jam 11.20 pagi,kami ternampak signage-Farmers Market Bunbury.Singgah sini untuk top up barang-barang groceries.


Cool kan pasar macam ni?
Buah-buahan segar untuk kudap-kudapan

Mereka galakkan fruit tasting..
Telur 1 tray (10 biji) dalam $3.80-$4.00
Timbang dan terus bayar di kaunter
Sekejap saja di pasar.Destinasi seterusnya adalah The Dolphin Discovery Centre.Discovery Centre is located only a 5 minit drive from city centre on Koombana Drive. Dikhabarkan kita boleh view dolphins which come in to shore regularly.Tapi,tip dari Tripadvisor....selalu tanya dulu kat kaunter ada dolphins tak?

True enough...memang takde dolphins for viewing.Yang pasti ada..if you take a boat out to swim and snorkel with dolphins.Harga Dolphin Eco Cruise seperti di bawah;

Prices (includes entry to the DDC)
Adult$54
Concessions (Seniors/Students/YHA)$45
Children (4 to 14)$40
Family (2 adults & 2 children 4 to 14)$16

Swimmers
Adult/Concessions/Seniors/Students/YHA/Children, 6 to 14yrs$165.00
Observers
Adults$85.00
Concession/Students/YHA/Children (6-14yrs)$65.00
Yang atas ni..harga tiket untuk Swim With The Wild Side Tour.Grrr..tak mampu kami!

Jadi,kami decide to skip this...sebab setakat nak tengok pameran akuarium dengan ikan-ikan tropika,octopus,turtles atau menonton dolphin 3D movie..baik gi Aquaria KLCC kan?

Cuma kalau readers ada rezeki tengok dolphins,memang berbaloi masuk...sebab lebih dekat berbanding kalau nak gi Monkey Mia!(Monkey Mia is 9 hour drive (849km) ke utara Perth)
This dolphins viewing ni jer dalam bajet kami..tapi takde rezeki pulak
Oleh kerana tak jumpa ayam halal di Farmer's Market (mostly local produts in and around Bunbury) tadi,kami singgah di Coles Bunbury jam 11.50 pagi.Nabil & Fatin temankan mama shopping.Yasmin dan Naurah ikut abah ..
Coles,Bunbury

Kalau kat Msia.....next counter,please!

Tengahari kami picnic dan solat kat tengah-tengah bandar Bunbury ni.Masak simple je..nasi,ayam masak lemak (terjunkan ayam dalam paste Brahims) dan telur dadar..Alhamdulillah.

Tempat ni memang khas untul Motorhome dan Long Treller sahaja. Betul betul bersebelahan dengan The Coles....3 of us melepak dan abah sempat la berehat...memang best...Lepas tu kami masak disitu...dalam motorhome...senang aje kan....dan berpicnic disini....Sebelum tu kami solat jamak  dulu..bawah pokok ni....






Pukul 2,selesai lunch...kami bergerak meninggalkan bandar Bunbury..setkan GPS ke Busselton Jetty.


Warehouse yang popular di Australia..

Beautiful & clean Bunbury Town
Xmas Sale


Jam 2.45pm,kami sampai ke Busselton Jetty-the longest wooden jetty in the world.

Sejurus selepas pose ni...topi baru abah melayang....nasib baik tak masuk laut..hu hu

Bussleton Jetty...Apa yang Bestnya...?

Boleh jalan all the way ~1.8km atau naik tram dengan cost 10AUD each....Malangnya tram ni selalu sold out....the earliest pukul 5pm...So kami jalan je sambil bergambar...







Grass Court- Agaknya Leyton Hewitt training kat sini dulu hehehe...






Pukul 4 gerak ke Cape Naturalist Light house...
4.45 sampai Cape Naturalist..dah tutup...tapi kami redah juga....






Lighthouse ni kalau tengok takda beza banyak pun dengan lighthouse yang ada kat Malaysia
,,,macam Cape Rachado Tg Tuan 
Gerimis..cloudy...Actually apart from Lighthouse ni...ada trek untuk whale watching....Memandangkan Lighthouse dah tutup kami pun jalan lalu path untuk tengok Whale....agak jauh juga dan rasanya gak jenuh juga kalau nak tunggu whale muncul....takut lambar sangat dan mungkin hujan lebat..kami pun decided untuk gerak ke Yallingup....

5.10 gerak ke Yallingup Campsite site 29

5.45 sampai campsite Naurah mandi laut dengan Abang dan Abah...Dan ada taman mainan Nature...semuanya buat dari kayu dan pasir...macam Pirate of The Carribean....
Our 2nd campsite...
Auntie ni dah masukkan key dalam dropbox...in case we checked in late (after 6)
Sebelum apa-apa...jom mendobi dulu...


Common ablution (Shower+Toilet+Laundry) here
Ada security code nak masuk sini..

Big playground for kids (with tree house)

Kids heaven!




Lots of shades

Jom gi pantai...




Potong ayam kat communal kitchen
No wifi
Malam kami dinner ayam kurma..scrambled eggs ..sambal

So... that was the end of the day...Menarik juga perjalanan hari ni.....and apa yang saya boleh kata...If you visit Western Australia...add Yallingup into your irtenarary.....you will not going to regret....Heaven for Landscape Photographer like me.......

A separate landscape review on The Gorgeous Yallingup will be up next before our next destination.....Fonty Pool...

Alhamdulillah

2 comments:

  1. Assalamualaikum tuan, masa bermalam di Yallingup Campsite, tuan ambil powered site or free?

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam...Semasa road trip ke West Australia,semua campsites yang kami book adalah powered-campsite.Kami pernah cuba non-powered campsite sekali sahaja di Moke Lake,New Zealand.
    Apa maksud sis...free?
    Free camping ke?

    ReplyDelete