Sunday 8 November 2015

Highlights of Langkawi 2015-Beautiful Lush Green of Laman Padi

Langkawi memang sinonim dengan pantai-pantainya yang cantik..dan pulau-pulau yang indah.So, snorkelling dan island hopping adalah antara aktiviti-aktiviti yang wajib dilakukan bila anda menjejakkan kaki ke Permata Kedah ni..

Tapi,Langkawi juga terkenal dengan alam semulajadinya yang masih terpelihara.Being part of Kedah,which is the Rice Bowl of Malaysia (Negeri Jelapang Padi...awat lain terjemahannya?)...ada 1 tempat yang perlu anda masukkan dalam irtinerary lawatan anda ke Langkawi.Laman Padi..

Bosan?Cliché nak belajar Geografi (Ilmu Alam for 'old schoolers..wink!)?Tak semestinya..
Tumpang posing..

Saujana mata memandang..
Jom pi bendang?
Menikmati suasana damai..
Laman Padi ni terletak di Pantai Chenang,berhadapan dengan Hotel Mauritus Pelangi.Masa kami pusing-pusing nak cari entrance,kami tersasar dan terjumpa pintu masuk ke chalet-chalet belakang Laman Padi ni.Masih dalam kawasan Laman Padi yang luas tu (14.28 ekar).

Pemandangan yang sangat cantik..ala-ala kampong gitu..
 
 

 

 
Boleh berjalan-jalan di sekitar sawah padi,taman herba dan galeri atau muzium .Ada galeri yang show case sejarah penanaman padi beserta alat-alat yang digunakan untuk menanam padi.Boleh juga mengalami aktiviti-aktiviti persawahan (kalau nak),cuma bersedialah untuk berendam dalam lumpur (knee depth je) dan belajar cara-cara tanam padi.

Oleh kerana panas terik & kesuntukan masa,kami tak masuk dalam muzium tersebut.Kami perlu beredar untuk ke Tanjung Rhu pula..
Apa-apa pun...In a nutshell,Laman Padi is really awesome lah!

Double thumb ups from us!

No comments:

Post a Comment